03 December 2010

sekarang musim mengawan

Dalam tempoh seminggu ini. boleh dikatakan setiap hari akan berlaku hujan lebat di Melaka. kalau tak siang, malam atau awal pagi akan hujan.

Disini ade pembetulan. Tajuk entri adalah "sekarang musim HUJAN". Bukan "sekarang musim mengawan" ye. Kesulitan amat dikesali.

Ok, selalunya bila hujan jalan raya akan jem kaya dan jem strawberry yang agak teruk terutamanya ketika pulang pejabat atau lebih teruk nak pergi ke pejabat dan terbayang punch card merah (bagi yang bekerja la). Namun, perlu diingat dalam mengejar waktu tu keselamatan mesti jadi keutamaan. Kalau tak keselamatan diri. fikir jugak keselamatan orang sebelah atau kenderaan lain. Oleh itu dilistkan tips-tips memandu ketika hujan lebat:

  • Pastikan jarak kenderaan korang dengan yang depan lebih daripada 5 detik. Nak tau macam mana nak kira 5 detik?? Perhatikan tiang atau pokok ditepi jalan kat sebelah kenderaan hadapan. Lepas kenderaan tersebut selari dengan tiang/pokok, mulai kira satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga, satu ribu empat, satu ribu lima. Pastikan tiang/pokok berada di sisi kenderaan anda. Itu maksudnya 5 detik atau lima saat. Haaaa, paham tak?
  • Semua orang tahu jalan licin ketika hujan. Jadi bawaklah perlahan walaupun tak de kenderaan dihadapan. Kerana semakin laju kenderaan dibawa, semakin kurang daya tarikan graviti (wah macam saintis la plak). Bila kurang daya tarikan graviti kereta menjadi ringan. So, bila terkena arus air yang mengalir dijalan raya, kenderaan kita akan mengelincir laju mengikut arus. Nah!! kan naya nak kena tarik balik kereta yang terperosok dalam longkang? Perkara ni pernah berlaku pada seorang kawan aku.. akibatnya dia langgar pembahagi jalan. Mengikut pengalamannya.. kenderaan tidak boleh dikawal ketika itu.. brek dan stereng seolah-olah tiada fungsi. Ambil iktibar...
  • Pemanduan perlahan jugak diperlukan kerana pandangan pemandu akan menjadi terhad. Lainlah kalau kereta korang ada radar. Dah macam Sukhoi pulak kan.
  • Pastikan lampu kenderaan dibuka.. tak payahlah bukak lampu limpah stadium tu sebab walaupun hujan kita takde la sampai tahap negara barat yang bila salji pandangan hanya 1-3 meter sahaja. Kalau hujan lebat pun kita ni, 10 meter boleh nampak lagi kot. Buka lampu ni penting bukannya semata-mata nak suluh jalan tapi nak pastikan kenderaan dihadapan dan belakang kita tahu kewujudan kenderaan kita tu. Lampu Hazard?? wei tak payah pasang sebab selalunya kegunaan lampu tu untuk kecemasan kenderaan yang tidak bergerak atau perlu bergerak kerana kecemasan. Takkan jalan dalam hujan pun nak cemas. relaks la bro. Tak macho la lu ni.
  • Sabarlah terutama di trafic light. Sebab time tu memang akan jem dan yang paling menyusahkan dah kuning pun still nak lepaskan lampu isyarat. Kalau lepas xdehal la, ini sangkut kat tengah-tengah lampu isyarat sebab kenderaan depan tak abes jalan. Pastu tak pasal-pasal jalan sebelah tak boleh lalu sebab dihalangan kenderaan korang kat tengah lampu isyarat tu. Itu kalau orang nampak, kalau tak perasan diaorang langgar??? baik nak cepat terus lencun dalam hujan nak settlekan kerosakan. Ish.ish. berwaspada lah.
  • Beri perhatian lebih time memandu. sebab kalau kita ikut peraturan pun mungkin ada pulak terselit sekor dua si bangang yang memandu berbahaya. Dengan itu, refleks cepat dapat kita buat. Jangan masa ni sibuk dengan awek main gosok-gosok plak. terperosok bawak treler baru korang tau.



Oklah itu sikit sebanyak tips untuk anda yang memandu dalam hujan. aku harap semua pembaca blog aku dilindungi Allah S.W.T. selalu.

note::berhati-hatilah ketika memandu. ingatlah orang tersayang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...