06 December 2010

hari ini dalam sejarah

Tanggal 6 Disember 2008 pastinya memahat memori ngeri dan sayu. Gara-gara kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang melibatkan kematian lima nyawa   dan kemusnahan 14 buah banglo.


keratan akhbar tragedi dua tahun lepas


Angkara tanah runtuh juga, 17 tahun sebelum itu, 48 terkorban apabila satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers runtuh. Hakikatnya, bahaya tanah runtuh bukan perkara yang boleh dipandang remeh.


Kat sini aku nak bagi sedikit info apakah faktor yang menyebabkan tanah runtuh. Ini adalah sedikit sebanyak dari apa yang aku blajar time diploma dulu. Antara faktornya ialah:


  • Lereng bukit yang tinggi dan curam. Cerun yang tinggi terdedah untuk runtuh disebabkan oleh air, tiada turapan tanah dan tidak diselenggara dengan baik.
  • Pembuangan sisa tanah ke bawah cerun. Ini akan menyebabkan cerun yang tidak mampat. Bila cerun tak mampat, dari semasa ke semasa hujan dan beratan rumah akan menyebabkan tanah runtuh.
  • Bebanan dibahagian atas cerun. Bebanan yang melebihi ketahanan cerun yang sepatutnya akan menyebabkan tanah runtuh.
  • Saliran yang tak mencukupi. Ini akan menyebabkan air mengalir ke dalam cerun. 
  • Gegaran gempa bumi dan getaran letupan batu. Ini juga difahamkan boleh menyebabkan tanah runtuh.


Apabila berlaku tanah runtuh, inilah hasilnya. Untuk makluman korang, ini adalah gambar-gambar tragedi 6 Disember 2008 tu.














Oleh sebab itu, bagi memberikan lebih pendedahan dan maklumat berguna berkaitan tanah runtuh kepada kita semua, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan program kesedaran awam, pendidikan mengenai tanah runtuh dan keselamatan cerun.


Apapun amiklah pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang terjadi ini kalau dulu-dulu punya peribahasa "kalau takut dihanyut ombak, jangan berumah ditepi pantai" tapi sekarang ni "kalau takut dihempap tanah, janganlah berumah ditepi lereng bukit".kehkeh


Kepada semua blogger dan pembaca, marilah kita mendoakan bersama-sama kesejahteraan mangsa-mangsa tanah runtuh tragedi 6 Disember 2008. Sesungguhnya kita masih beruntung hidup di dunia yang nyata ini dan sentiasa bersyukur dengan Limpahan-Nya.


note::Selamat Menyambut Awal Muharam 1432H


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...