05 December 2010

petrol oh petrol

Harga minyak RON97 naik lagi sebanyak 15 sen menjadikan ia RM 2.30 seliter tapi harga RON95 sama lagi, masih RM 1.85 seliter..

Takpe la, aku ok je. Kalau nak bantah pun, nak marah-marah, nak buat demonstrasi, nak mogok lapar pun harga minyak tetap naik kan, so tak payah susah-susah. Lagipun aku dengan redhanya memang pakai RON95. Janji kereta boleh jalan. Motor boleh tunggang. Kapal terbang boleh terbang. Eh? Kapal terbang mana guna RON95, dia guna Jet A1.

Kalau rasa kaya sikit dan rasa nak berlagak pakailah RON97. itupun boleh kiralah dalam setahun baper kali isi RON97. Ye tak?

Tak kiralah minyak mahal ke minyak murah, janji jimat dan kereta takder hal. Untuk maklumat harga petrol ni tidak ditetapkan kerajaan tapi diapungkan mengikut pasaran minyak semasa dunia..

So, kat sini aku nak lampirkan kat korang 18 tips untuk menjimatkan petrol. Tak payah nak banyak cerita lagi. Jom baca.


Cara 1
Isi minyak waktu awal pagi, takpon waktu suhu sejuk. Sebabnya ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap. Pengalaman belajar kimia dulu dengan Cikgu Jajilah ni.cehhh

Cara 2
Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya kat dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol korang. Ni pulak cikgu biologi aku, Cikgu Azizah ade bagi gambaran dulu. Ok, itu tipu.

Cara 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus korang dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum. Percayalah. Betul ni

Cara 4
Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%. Bagi korang yang terlebih berat badan tu, dinasihatkan lah untuk mengurangkan berat badan...

Cara 5
Perhatikan tekanan angin tayar korang. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak sebab geseran berlebihan. Ingat korang je boleh buang angin ke? 

Cara 6
Penyelenggaraan. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara. Ni biasanya lelaki je yang rajin. Korang yang pompuan? jangan haraplah..kehkeh

Cara 7
Kelajuan - Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol. Tapi kan, dah meter tu buat sampai 180 km/j kan? Ape gunanya kalo bawak 90 km/j je kan. Tak brader la beb

Cara 8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin kalau sekadar nak tunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tak bergerak. Betul tu. Setuju.

Cara 9
Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Kalau guna gear rendah untuk kelajuan tinggi akan membazirkan minyak kerana rpm enjin akan meningkat.

Cara 10
Brek - Kalau korang dah tau kat mana nak berenti, perlahankan kereta korang secara beransur-ansur. Elakkan membrek secara mengejut. Sakit jantung woo

Cara 11
Perancangan - Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelak tekanan. Korang juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimumkan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. Jadi tak perlu keluar berulang kali.

Cara 12
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar ke kedai berhampiran baik naik motor, basikal atau jalan kaki je. Eksesais le sikit kak oi.

Cara 13
Tak perlu la pasang air cond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup air cond bila dah nak sampai destinasi tu. Penggunaan minyak bertambah 10% bila kita guna air cond. Cuba belajar jadi puteri lilin sikit.hehehh.

Cara 14
Tak payah nak merempit, cilok sana sini, kalau boleh kena bijak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana je tak payah laju-laju. Yang penting slow & steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang circuit. Macam pepatah org dulu-dulu la kan, takkan lari gunung dikejar.

Cara 15
Pastikan tingkap kereta tak dibukak sepenuhnya time memandu. Jika tak, kete korang akan bertambah geseran dan perlahan menyebabkan korang terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.

Cara 16
Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalan raya juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Kuar waktu tengah malam la. Dalam pukul 1pagi smpi 5pagi. Baru heaven. Baring atas Lebuhraya Kesas tu pon boleh time-time macam tu.

Cara 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis dan tukar minyak pelincir ikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan enjin. Tanya kat mekanik korang sebab diorang lebih arif pasal hal ni.

Cara 18
Kalau perlu warming up enjin kereta, lakukanlah tak lebih dari 1 minit lepas enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up sebab ia hanya membazir minyak sahaja.

Macam mana? Sudah penuh ilmu di dada? Tepuk dada, tanyalah selera.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh bekas trainee di Petronas Penapisan Melaka Sdn. Bhd. kehkeh

note::agak-agak lepas ni kalau minyak naik harga sampai RM5.00 seliter, mau semua pakat-pakat tukar guna minyak cap kapak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...