Entry ini ditulis khas sempena minggu study week yang mana setiap mereka yang bergelar pelajar akan menjadikan nescafe sebagai 'ubat' mereka untuk overnight di malam hari. Begitu juga aku.
Kafein adalah bahan kimia aktif jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk.
Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
- Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
- Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
- Badan menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
- kencing yang kerap, pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.
Namun, kesan yang dialami oleh pengguna adalah berbeza-beza. Pengambil kafein tegar mungkin kurang mengalami kesan-kesan tersebut berbanding pengguna yang jarang mengambil kafein.
Dan sekiranya penagih kafein tegar ingin mengurangkan pengambilan kafein, fenomena-fenomena yang mungkin dialami adalah:
- sakit kepala
- kepenatan
- panas baran
Jadi macam mana? Kafein ini baik atau buruk? err…aku tak mampu nak jawab buat masa nie…
note::tue belum campur side effect gula lagi dalam coffee 3 in 1
No comments:
Post a Comment