08 October 2010

realiti DRAMA MELAYU dulu dan kini







Dari kecil sampai la aku besar panjang aku selalu tengok drama melayu ni paling banyak babak ialah babak makan kat restoren yang eklusif yang mahal-mahal tapi aku tengok diorang tak la makan sangat melainkan kuis-kuis sikit-sikit pastu sembang dengan client atau cik awek diorang.



Satu lagi jalan cerita drama melayu ni ialah gambar kehidupan orang kaya yang ada syarikat besar pastu meeting cakap untung beribu-ribu, pakai kereta mewah, ada anak gadis yang sosial dan papa nya seorang yang sporting serta nama orang gaji yang sama iaitu makcik kiah atau mak limah..(yang selalu berlakon jadi papa yang sporting jalaludin hassan la)..dan cara dia bercakap buat aku meluat tambah-tambah dalam iklan beras super dalam tv.



Kalau drama melayu yang kampung-kampng sikit depa mekap la pelakon tu seburuk-buruk wajah nampak sangat depa perli orang kampung, bengong punya tukang mekap..kalau cerita kat kampung ni mesti la cerita yang miskin-miskin atau cerita anak derhaka camtu la..dah boleh agak dah jalan cerita diorang.



Kalau cerita yang berunsur keagamaan sikit lagi la aku meluat, cakap bab agama meletup-letup sampai kalah mufti Perak, mulut tak lekang dok istigfar, pakai serban la tudung labuh la pakai celak la sebagai contoh jalaludin hassan la yang pernah berlakon dalam cerita apa ntah masa bulan ramadhan dulu-dulu la.



Kalau drama gerak khas lak aku rasa yang jadi orang jahat ni orang yang sama ja cuma setiap episod dia buat jahat yang lain-lain la, dah tak da pelakon dah kot..muka orang jahat mestila bermuka ganas, berkulit gelap dan boroi sikit baru ada pakej dan satu lagi kena pandai drive kereta la sebab mesti ada adegan kejar mengejar punya nanti..



Kesimpulannya drama melayu ni dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, baik tengok cerita cina kungfu, lagi best tgk dorang dok terbang sana sini masa berlawan ada la gak hiburan dari dok tengok adegan makan ja dalam drama melayu....




note::bilalah drama melayu nak buat cite perang-perang ni??cpt la ahmad idham buat mcm tu!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...