28 July 2011

entri pra-Ramadan bulan keberkatan

Time guwa tulis entri ni 26 Syaaban dah, maksudnya lebih kurang 5 hari begitu saja lagi untuk masuk ke Bulan Ramadhan. Mungkin kalau ditanya apa persiapan hari raya panjang lebar orang boleh jawab, tapi persiapan bulan puasa ramadhan ni macam mana pulak?

Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim dan mengalu-alukannya. Antara persiapan yang dapat kita lakukan, malah perlu kita lakukan sebelum menjelang Ramadhan ialah;
  1. Dengan banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban.
  2. Mengulangkaji ilmu tentang puasa
  3. Membaca kembali hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) puasa dan bulan Ramadhan.
  4. Mengetahui amalan-amalan utama dan besar pahalanya di bulan Ramadhan.
Sebenarnya banyak lagi yang guwa nak terangkan tapi kerana bizi guwa nak bagi korang petua macam mana nak hadapi bulan Ramadhan nanti. Ok, jom klik sini Petua Menghadapi Hari Berpuasa.

p/s: Selamat Berpuasa!

1 comment:

VivieOtto said...

=_=! tip berguna bro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...