13 January 2011

surat untuk bakal bos

Ok, ngah aku baring-baring tadi ade sorang member aku ni message kat fon aku. Bunyik nye macam ni la. "Mar, aku nak mintak keje kat ade satu kompeni ni, kau tolong aku buatkan cover letter boleh tak? Boleh la eh Mar, kau lah sahabat aku dunia akhirat. Sehidup semati. Tolong Mar eh."


Eh eh Edy ni. Aku dah la serabut ngan keje yang menimbun-nimbun. Kau tambahkan lagi beban aku eh. Takpe-takpe, sebab kawan punye pasal kan. Ape ade hal.


So Edy, dengan berbesar hati aku nak kau copy paste ayat ni. Pastu kau print. Hantar kat kompeni tu secepat mungkin. Aku konfem-konfem la sok kau terus diterima masuk keje.






Khairul Affendi bin Kamal Azidi
Kampung Krubong
75000 Melaka


Tuan Pengurus Besar Kanan
Million Resources Sdn. Bhd.
75370 Melaka
13 Januari 2011


Tuan, 


Memohon Pekerjaan di Million Resources Sdn. Bhd.


Sehubungan perkara di atas, saya Khairul Affendi bin Kamal Azidi bernombor kad pengenalan 880924-04-5899 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat dan bersungguh-sungguh sampai tak tido malam mengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saya mengaku sebab saya mintak kerja di sini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. 


2. Pihak tuan juga perlu tahu bahawasanya bapa saya iaitu Kamal Azidi bin Wahid adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja, saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan pada masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah, baiklah ambil saya bekerja disini. Itulah keotaian yang saya ada.


3. Untuk pengetahuan pihak, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan. Pengalaman kerja:


             3.1. Pembantu mekanik kereta di Yamin Workshop, Batu Berendam Melaka
             3.2. Pembantu mekanik di Dunlop Servitekar, Kolumpo
             3.2  Kedai Makan Mak Yam Sdn. Bhd. (p/s: tuan jangan pegi kedai ni. die pakai  
                   susuk pelaris)


4. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya akan berasa gembira dan seronok dan akan belanja satu Million Resources makan sekiranya bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh di samping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng sekolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tak akan hisap ganja lagi jika saya dapat kerja di sini.


5. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan, pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yang kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan, saya sangat kurus. Jikalau dirotan sekali, tulang-tulang saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 dan nat2 yang lawa2. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis ni. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu bukan datang dari saya, mungkin dari tuan kot.


Untuk pengetahuan tuan, sekiranya tuan tidak mengambil saya bekerja, hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan Yaasin dan kunjungan orang ramai.


"BELIA BENCI DADAH"


Yang benar,




(KHAIRUL AFFENDI BIN KAMAL AZIDI)




Ok, geng. Amacam surat yang aku karang special untuk kau ni? Ape lagi gi la print pastu hantar surat ni. Cepat-cepat geng. Kang melepas kang.


Dan kepada korang-korang diluar sana yang sedang mencari pekerjaan dan memerlukan surat untuk memohon, korang semua dipersilakan untuk mengcopy paste surat ini untuk kesejahteraan kita bersama. Kenapa? Sebab bila korang dah dapat keje tu jangan lupa la belanja aku makan. Paling cikai pon mekdi dah le. Ye tak?


note::selamat mendapat keje Edy oi


4 comments:

IeysHa said...

gerenti TAK dapat....hahahahahhahahahaha....

amaraizat said...

shahidah::eh, kenapa lak? belum cuba belum tahu

athifah saidi said...

bengong!
hahahha

amaraizat said...

athifah::hehe.tak la bengong sangat kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...