31 December 2010

soalan WAJIB ketika cuti semester





Berikut adalah senarai soalan yang telah aku hadapi bila balik cuti semester. Tapi aku dah standby dah jawapan padu untuk semua soalan ni. Sebab aku tau jenis ape soalan-soalan yang akan orang-orang kampung aku tanya.



"Eh, hidup lagi kau? Lama aku tak nampak kau. Pergi mana?"
Yang ni la paling selalu. Soalan ini biasanya dari kawan-kawan sekolah yang masih menetap di Melaka, lepak kat warung yang sama, naik motor yang sama, dan beli top up di kedai yang sama. Tapi ada jugak kawan yang dah kerja dan memang jarang nampak muka tanya soalan ni kat aku. Yang ini aku pelik. Kau pun jarang lepak, aku pulak belajar jauh, lagi nak tanya soalan cepu emas kan?


"Cuti ke? Berapa lama?"
Soalan ni klise gila. Ni kalau aku terserempak dengan makcik-makcik jiran masa aku dalam perjalanan mencari rezeki. Bayangkan kalau ada 74 makcik kat kejiranan rumah aku, aku kena jawab soalan yang sama sebanyak 74 kali. Sampai satu tahap aku rasa macam nak tampal kertas "Saya sedang bercuti selama dua bulan" kat belakang baju aku.


"Berapa tiket bas hari tu?"
Yang ini dari member-member aku, setiap kali aku balik. SETIAP KALI. Cuba la tanya soalan berkualiti sikit. Kenapa, nak mempersendakan aku? Ingat aku menyusahkan mak bapak ke belajar jauh-jauh? PTPTN kan ada. Lagipun, tiket sekarang murah la kott. Walaupun aku sedar yang naik bas tu amat membahayakan. Takpe, tahun pertama je tak boleh bawak kenderaan. Siap la semester depan, lambogini kaler ijau aku bawak. Ok, itu tipu.


"Macam mana belajar? Pointer okay?"
Yang ini dari saudara-mara jugak. Terutamanya dari pakcik/makcik gua yang berkhidmat dalam profession pendidikan ataupon yang berpendidikan jauh. Memang soalan ni juga yang akan ditanya, tak perlu risau. Setiap kali aku dengar soalan ni, aku akan mintak diri pergi ke tandas. Sakit perut. Tak pun aku akan pura-pura tolong emak kupas kulit kentang di dapur.


"Awek Pahang cantik-cantik tak? Ade macam Datuk Siti Nurhaliza tak?"
Yang ini dari kawan-kawan yang baru tau aku belajar kat Pahang. Kecantikan adalah perkara subjektif, jadi aku tak layan soalan camni. Ataupun aku akan counter balik dengan bertanya, "Kenapa? Nak cari awek kat sana ke? Awek Melaka lagi cun la."


Tapi ada satu soalan yang aku paling tak boleh handle. Kalau soalan lain tu senang-senang je aku pusing, tapi soalan ni susah sikit. Sampai hari ni aku tak dapat nak jawab. Rasa kebas je telinga kalau soalan ini berkumandang. 


"Kat sana tak ada kedai jual pencuci muka ke?"

Aku terdiam. Sekian



note::aku rasa, cuti untuk semester depan pon soalan-soalan ni yang akan ditanya. so, bolehlah bersiap sedia. dan tak lupa kepada semua, selamat kembali ke universiti masing-masing. adioz amigos


2 comments:

dotdotsekian said...

awek pahang lagi cun oke..haha

amaraizat said...

dotdotsekian::awek pahang memang cantik pon. itu tak dapat dinafikan. tapi awek melaka lagi super duper cantik. sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...