22 November 2010

berakhirnya sebuah peperiksaan!



Berakhirnya sebuah perjuangan di medan peperiksaan bagi semester pertama 2010/2011 bagi aku untuk kali ni. Mintak-mintak tak ada carry mana-mana paper. Kalau kena gak, nangis tiga hari dua malam lah aku... huahhhhhhhhhh...

Kenapa aku risau sangat? Sebabnya aku hanya boleh buat cukup-cukup makan, kebanyakkan soalan yang ditanya akan aku jawab dengan jawapan yang aku goreng sendiri, banyak auta dari faktar dan kelainan dari kat poli dulu, soalan boleh pilih 4 antara 6 yang di bagi, tapi kali ni sume kena jawab. Tak ke kelam kabut pakcik dibuatnye.

Kali ni aku amik empat paper final. Soalan pun meletup-meletup belaka. Exam aku aritu bermula dengan TITAS. Paper ni tak yah cakap la, memang aku goreng sampai hangus. Untuk nak dapatkan perasa yang sedap kan. Pastu paper Mechanic Statics. Ok, paper ni aku harap sangat bila pemeriksa tanda, hati beliau terbuka dan lembut untuk menerima jawapan-jawapan aku. Walaupun paper ni calculation, aku goreng semacam gak. Next paper calculus. Subjek kegemaran aku. Ok, itu tipu. Harap-haraplah baik-baik sahaja. Tak tau nak cakap apa. 


Then arini paper last aku tak lain tak bukan Construction Engineering. Subjek ni mmg 500% kena menghafal. teori belaka. Oleh kerana hafal pun last-last minit ditambah pulak dengan mood bercuti, kugagahkan jugak menjawab bagai menatang minyak yang penuh.

Yang lain aku tawakal dan berserah pada Allah s.w.t je, yang penting aku dah berusaha.
 InsyaAllah sem depan aku nak buat yang terbaik dan berubah cara pembelajaran aku untuk sem berikutnya nanti. keh keh. boleh percaya ke azam aku ni.

Dan sekarang aku merdeka dari segala tugasan, kuiz dan ujiannnnn... Sekarang duduk rumah membesarkan badan balik..hehehe. Rancangan untuk cuti ni, hmmmm sebenarnya dalam kepala tak ada apa-apa rancagan pun. Hanya ikut kehendak kaki aku ni, kalau die nak berjalan maka berjalan lah aku. Kalau tak ada, duk terperap jelah kat rumah sambil tengok macam-macam jenis movie yang aku dah mintak dari member-member kat sini.


~Ayat agak baku sikit~hehehe... okey SELAMAT BERCUTI SEMESTER PADA BUDAK-BUDAK IPTA n IPTS yang sedang bercuti. Mari kita membesarkan badan setelah letih perjuang di medan pembelajaran. ;))


Pesanan ikhlas ini dibawakan khas oleh anda dari amaraizat.blogspot.com


Chup2, lupa plak aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang berkenaan. Oleh yang demikian, jutaan terima kasih diucapkan kepada:

1. Cik Nor Izati binti Jaini (lecturer kalkulus)

2. Ustaz Asar bin Abdul Karim (lecturer TITAS)

3. Puan Normala binti Samsudin (lecturer english)

4. Cik Farah Liyana binti Ahmad A'Azmey (lecturer english)

Contact
5. Dr Cheng Hock Tian (lecturer CE)

6. Encik Amirulkhairi bin Zubir (lecturer mechanic) 

Ilmu yang encik/puan curahkan tidak ternilai harganya. Terima kasih

note::jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa, sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 


4 comments:

azwa amani said...

jelesnyerr dah abes exam...UPSI baru nak start exam arinie....ohhh...kiter amek subjek TITAS mase sem 1 dulu...menangis mase nak styd...sem bek dapat a...huhuhu

amaraizat said...

azwa::hehhe. nikmat gila bila segala beban kat kepala dah takde. nway, slmt menjawab soalan dengan tenang ye. wish u best of luck

Unknown said...

ni tanye lecture bi cik farah liana tu garang x...markah dia bg ok x..

Unknown said...

#nk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...