01 October 2010

merajuk, dipujuk, terpujuk, berpujuk,

Ku dikejar bayang-bayang resah, bila hatiku masih tak berubah…. (nak lagi, sambung sendiri ye)







Relaku Pujuk ni memang memberi impak maksima kat pasangan-pasangan bercinta. Mane taknyer, kalau tak sebab lagu ni, memang si pakwe-pakwe tak pujuk awek-awek mereka merajok. keh keh. Orang pompuan ni, kalo die da start tarik muka, pehhhh bukan main susah nak dibetulkan. Alamat kalau yang dah berkahwin, tidur luar, kalau yang bujang, dihidang teh tarik rase air longkang. So, orang lelaki ni kena power dalam bab-bab memujuk ni. Survival skill paling penting ni. Pujuk ni bukan guna masa pujuk awek je, tapi amat berguna pabila dihari tua.




So, macammane la nak memujuk ni kan. Lebih-lebih lagi kalau awek merajuk. Boleh pening kepala dibuatnya. Kepala tak gatal pun boleh digaru sampai nak tercabut.

1. Ayat-ayat SUPER POWER (mcm iklan nescafe tu yg ade jin kaler ijau n pink tu)
Lelaki sememangnya beruntung dikurniakan kehebatan mengeluarkan ayat-ayat super duper power. Ayat-ayat ini bergantung kepada lelaki tersebut. Setiap lelaki ada ayat-ayat nya tersendiri. Contoh la kan, kalau nak pujuk awek yang merajuk sebab kita terlupa dating dengan dia, kita boleh cakap sebagai contoh "Gayah (bukan nama sebenar) , sebelum I cakap apa-apa, I nak u tahu yang I amat-amat sayangkan u. I bersalah sebab lupa temujanji kita. I seikhlasnya minta maaf dari u. Apa yang boleh I buat untuk tebus kesalahan I dan buatkan u tersenyum semula". Ingat! Meminta maaf mesti cukup tiga cara ini iaitu, mengaku bersalah, mengucapkan maaf dan meminta penebusan.
Selepas itu, bolehlah selitkan unsur-unsur lawak Cecupak dalam dialog itu contohnya ” Sayang, tadi I jumpa mamak kat tempat kita nak jumpa untuk date tu, Die tanye I, “Mane itu minachi, itu comel punya, slalu marey sini?” I cakap lah u sibuk. Then die cakap , die suka dekat u. Die cakap macam ni ” Itu minachi saya mahu bawak balik India, hari-hari saya mahu die menari, kasi gelek kiri gelek kanan, malam kasi hantam sama dia”(sambil tergelak). Nasib baik kita tak tak jadi date haritu, kalau tak, die mesti kidnap u bawak balik India.(gelak lagi). Kasi gelek kiri, gelek kanan. 

2. Nyanyikan lagu yang mendayu
Ini memang wajib hukumnya kalau nak pujuk awek sambil menguatkan kasih sayang antara pasangan. Nyanyikan lagu yang berentak perlahan yang tak memerlukan jeritan sang pontianak untuk menyanyikannya. Jangan rapping pulak. Lirik lagu tak penting sangat kalo rentaknya mendayu. Nyanyikan bersama gitar jika mampu

3. Teknik Buat Si Dia Rasa Bersalah
Ini teknik yang paling susah sikit nak dilakukan sebab ia akan mengambil masa yang lama. Kalaupun tak lama, ia akan membahayakan. Contoh teknik ni ialah:
a) Mengepos di facebook, twitter, ym status dan etc betapa sedih dan pilunya hati kita tanpa dia disisi. Gunakan metafora melampau disini. Tulis contohnya “Sudah lima hari tak makan sejak dia menjauhkan diri dariku”.
b) Naik ke bucu mana-mana bangunan, ugut si dia yang kita akan terjun jika dia tak mahu memaafkan kita. Cara ni sangat bahaya sebab katakan tengah-tengah melepak di bucu bangunan, ada angin kuat berhembus, memang MATI KATAK kat situ la jawabnya.

Papepun, semerajuk mana pun awek kita, kita kena sedar yang dia merajuk sebab dia sayangkan kita. So, sayangilah Si Dia sebab kasih sayang tu sangat-sangat bernilai dan itulah yang membezakan Si Dia dengan orang lain.

note::ramai org tak tau bezakan antara cinta dan nafsu. korang?


2 comments:

amaraizat said...

afiq::pujuk ah nor mcm ni

Afiq Abd Rahman said...

takde maknenye. dia merajuk aku tak pujuk. aku boring br aku pujuk dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...