25 September 2010

menjengah ke 1 HIJAU





Memori semasa zaman kita kanak-kanak memang menarik. Ceh yang aku nak buat intro alim ni kejadahnya??

Kowang orang ada tak melalui satu fasa semasa kanak-kanak, di mana semua hak harta benda korang seperti pensel, bekas pensel (dulu dikenali sebagai 'kotak box'), pemadam, pembaris ditulis nama penuh korang, pastu siap ada pesanan lagi untuk mengelakkan kecurian? Ada tak? Biasanya masa sekolah rendah la, darjah satu macam tu. Kalau takde, mungkin masa darjah satu dulu  korang masuk International School kot.

Antara contoh-contoh pesanan yang ditulis pada alat tulis ialah:

"Jangan curi! Berdosa masuk neraka"

dan juga

"Alif Lam Lam Ha, siapa curi Tuhan marah"

Aku masa nak masuk darjah satu dulu, memang excited gila. Segala preparation disediakan oleh mak aku dengan sempurna. Dapat beg baru, baju baru, kotak box baru, buku baru. Masa tu pakai seluar pendek pergi sekolah tidak dianggap jahil agama. Darjah satu doh.

Yang buat aku teruja ialah, dalam kotak box gua tu memang complete. Pensel, pemadam, pembaris semua baru-baru. Macam set lunchbox dalam cerita Jepun. Aku rasa mesti budak-budak lain jeles. Dahlah beg gambar Mighty Morphin Power Rangers, kotak box gambar kartun ape ntah aku tak ingat, pastu complete lak stationaries dalam tu.

Pemadam aku ialah pemadam petak, ada gambar Billy Power Rangers merah. Aku dulu memang tak nak kalah. Ape-ape sume mesti nak power ranger merah tu. Jadi untuk mengelakkan kecurian, aku pun ikut macam budak-budak lain tulis amaran yang agak keras kat pemadam aku. Aku tulis macam ni :


JANGA CURI


Ada kesilapan tatabahasa di situ, aku tau. Maklumlah, aku ni time tu lepasan tadika je. Tu pun kat tadika aku hanya fokus waktu rehat, di mana kami bebudak tadika akan diberi makan dan longgokan mainan.

Tiba-tiba, masa aku sedang bermain kejar-kejar dengan member nakal aku (aref bahrin) di luar kelas, aku rasa macam ada kelibat yang sedang lepak kat tempat duduk aku. Aku dah mengesyaki sesuatu yang buruk akan menimpa peralatan menulis aku, terutama sekali pemadam Power Rangers aku.

Bila aku sampai kat tempat duduk, aku tengok Meon (bukan nama sebenar) sedang check it out aku punya kotak box. Aku panas la camni. Bukak kotak box aku tanpa kebenaran. Meon sedang sibuk membelek-belek pemadam Power Rangers aku. Dia pandang aku sambil tersenyum jahat. Nampak sgt kepala ade setan.


"Kenapa kau ni bodoh sangat, Amar? Nak eja 'jangan' pun tak tau ke?




Aku bertambah panas. Ko dah ceroboh property aku, pastu lu nak kompelin pulak. Belum sempat aku ambil balik pemadam tu, tiba-tiba Meon bangun dan dia pergi pulak ke tempat Baizura Kahar (nama sebenar dah lupa) untuk menghebahkan 'kebodohan tak tadika' aku tu. Ini adalah ayat Meon yang aku ingat :


"Baizura, cuba tengok ni, Amar nak tulis 'jangan' pun tak tau. Tengoklah, dia tulis 'MANJA CURI' kat pemadam dia ni.."


Okey sekarang  korang sebagai hakim, aku nak tanya pendapat korang la. Antara aku dengan Meon, siapa lagi bangang?

Situasi macam ni mengingatkan aku betapa rindunya pada korang semua.haihhhh. memori pulak pagi-pagi ni





note::sekolah kebangsaan kerubong, saya aku rindukan zaman darjah 1 sampai 6 di sana!


2 comments:

IeysHa said...

waaaa...sye x ingt zaman kanak2 sye...nape????? :'(
(jeles la plak..)

amaraizat said...

shahidah::kehkeh. tu la, lain kali jangan makan semut banyak2. kan dah nyanyuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...