25 September 2010

misteri disebalik rumah hantu

**kenangan rumah hantu waktu Jomheboh 2008





Pada suatu tengahari yang aman damai lagi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku yang masih berpelukan dengan Cik Bantal dikejutkan dengan panggilan dari member aku. Katanya, dorang ingin mengajak aku join dowang ke karnival JomHeboh TV3 di Ayer Keroh.(time tu kat Ayer Keroh lagi. tahun ni baru tukar venue kat Stadium Hang Jebat).

Aku tak berapa suka sebenarnya nak pergi ke tempat-tempat yang dipenuhi ribuan gadis macam ni. Nanti ada yang nak ajak bergambar lah, mintak tandatangan lah, nak salam-salam lah... I rimas tau! Tapi nak jaga hati kawan-kawan, aku pun ikut sekali.

Semasa sedang berjalan-jalan sambil mata melilau tengok awek cun, kami terhenti seketika apabila melihat sehelai Rumah Hantu. Alah, yang macam kat funfair tu. Tapi rumah hantu ini bertemakan siri drama seram Kekasihku Seru yang popular kat TV3 time tu. Aku dah kecur air liur, sambil membayangkan Emilda Rosmila atau Umie Aida dalam pakaian hantu. Sangat seksi. Fizz Fairus? Dia bukan hantu lah, ngok!

"Betul ke korang nak masuk rumah hantu ni?" Sally (bukan nama sebenar.terpaksa dirahsiakan untuk menjaga hubungan persahabatan) dah ketakutan, sorok-sorok belakang aku semasa kami sedang beratur untuk membeli tiket.

"Takpe. Ko jalan je sambil pejam mata. Jangan lupa pegang tangan aku kuat-kuat," Aku cuba memberi sokongan moral sambil menyalakan sebatang Winston Light. Fuh, sangat bergaya. Ok, ini tipu.

Settle beli tiket. Kami berlima (kecuali Sally) berasa teruja untuk masuk. Tengok dari luar macam seram betul. Siap ada jeritan-jeritan dari anak-anak gadis yang berada di dalam. Kami (kecuali Sally) dah tak sabar nak jumpa hantu-hantu ni. Dengar cerita, dalam suasana gelap macam tu kita berpeluang untuk tumbuk perut hantu tu. Aku dah genggam penumbuk, sambil tersenyum jahat.

Setelah tiba giliran, kami pun masuk. Ada patung-patung hantu pocong diletakkan di satu sudut. Kami (kecuali Sally) sempat bergambar dengan pocong tersebut. Kejadahnya, dah macam pergi muzium pula, nak bergambar dengan hantu.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan sambil berwajah selamba (kecuali Sally). Sally dah bermandi peluh akibat ketakutan. Tiba-tiba...


"Allahuakbar.... Allahuakbar!!!"


Aku terpinga-pinga. Suara azan Asar berkumandang. Tiada lagi suara jeritan dah sergahan dari para hantu. Hantu-hantu semua keluar dari tempat persembunyian.

"Dah, jalan terus.. Jalan terus. Tengah azan ni..." kata si pontianak sambil duduk menyalakan rokok, menunggu azan tamat. Hantu-hantu lain duduk berborak-borak dalam Bahasa Melayu. Siap ada yang adjust make-up lagi. Yang hantu pocong pula terlompat-lompat mencari tempat rehat.

Setelah keluar dari rumah hantu, kami terus ke surau berhampiran, menunaikan solat Asar. Mungkin kerana masih terkejut dengan suasana sepi dalam rumah hantu tadi. Sally dah tersenyum-senyum lega. Aku pula berlari pergi ke kaunter bayaran, tumbuk perut akak yang jaga kaunter itu dan ambil balik RM2 aku. Ok, ini tipu lagi.





note::Cilake! kowang tau tak macam mana rasanya berkawan dengan hantu? Try la masuk rumah hantu masa tengah azan.





2 comments:

Afiq Abd Rahman said...

berguling sial aku ketawa. siot tol.

amaraizat said...

afiq::kahkah.ko nak kan pengalaman mcm ni tak?? pegi la umah antu pukul 4ptg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...