03 September 2010

jom balik kampung

Cuti pertengahan semester sudah bermula, kalau diperhatikan suasana di kampus UMP ni lengang sikit, mungkin ramai di kalangan warga kampus mengambil peluang cuti pertengahan semester untuk bercuti sama ada ke pusat-pusat percutian ataupun balik kampung. Dan aku juga turut menggunakan peluang ini untuk balik kampung. Sape tak nak balik wo.. Balik raya ni. Petang ni aku akan memulakan perjalanan untuk balik ke kampung. Nasib baik kampung aku kira okay lah gak pasal termasuk dalam Google Earth.





Timbul persoalan bagi sesetengah individu, kenapa perlu balik kampung? apa yang tinggal di kampung? Bagi aku, aku mempunyai justifikasi sendiri kenapa aku suka dan merasa amat seronok bila balik kampung kerana:
Di samping ziarah kedua orang tua merupakan kewajipan utama sebagai seorang anak, kampung menyedarkan aku akan asal usul aku yang asalnya dari kampung dan berhijrah ke kota untuk mencari ilmu, mengingati kembali sejarah dan kenangan zaman bebudak yang tidak dapat di lupakan, kampung juga mendekatkan diri aku kepada alam sekitar dan keindahan semula jadi. Semua ini tidak terdapat di kota yang dipenuhi dengan hutan batu. Juga dapat melihat arus pembangunan yang melanda kampung sama ada dari segi fizikal mahupun mental masyarakat kampung.


Aku akan gunakan kesempatan balik kampung untuk tunjuk kepada semua macam mana rupa sebenar dunia ni, bukannya semua berhutan batu. Serta aku akan mengambil kesempatan untuk menikmati dan menghirup udara segar di sawah tanpa sebarang pencemaran asap. 







Di samping aku ke sawah dan keliling kampung, aku juga akan ke rumah sedara mara yang masih ada di kampung. Walaupun bentuk soalan yang akan di tanya aku sudah jangka dan sama sahaja, namun aku tidak pernah jemu menjawabnya. Soalan Mandatori sedara mara atau kawan-kawan di kampung bila berjumpa : Bila balik? Ni dah bape lama tak nampak apasal? Kerja kat mana sekarang ni? Bila Nak kawin???….hahah.layankan aje
Bukan sahaja di bandar, di kampung juga ada serba serbi. Aku rasa ramai antara korang tak berapa kenal camana rupa ayam kampung dan bunyi ayam tu berkokok, ntah-ntah korang dok imagine apa yang korang tengok dalam TV je, lagi teruk kalau korang tak tau mana asalnya ayam KFC atau McDonald yang kita suke sangat makan tu. Tengok dalam TV atau Zoo dan baca buku tidak sama dengan pengalaman secara ‘live’.

ayam2


Aku nak tanye korang la kenal tak macamana rupa lembu yang betul walaupun korang selalu suka makan burger daging? Kalau kat kampung sekurang-kurangnya korang dapat melihat lembu yang betul daripada dok tengok dalam TV. Bagaimana bau lembu dan bagaimana rupa tahi lembu. Semua ni jangan harap dapat di lihat di kota.


lembu-merah


Dan pasar malam kampung walaupun tidak sehebat pasar malam kat Kuantan ni namun tetap menjanjikan kemeriahan dan keseronokan dengan harga-harga yang amat berpatutan, dan yang pasti di kampung aku tidak ada Indon yang meniaga di tapak pasar malam.

pasarmalam


ok lah, banyak lagi nak cerita sebenarnya. tapi masa mencemburui aku. nak gi kemas-kemas baju la. nak balik kampung ni. encik ayah dan puan ibu dah menunggu aku kat kampung tu. ada masa lagi aku cerita on the next episode ya. tata

note::seronoknya nak balik kampung

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...