17 September 2010

Rugi woo xkenal Bandaraya Melaka

Bandar Melaka? wadehell is dat? sejenis kuih tradisional yg makin pupus? atau kereta buatan nasional yg sehingga kini masih ditunggu-tunggu pelancarannya?

oh noo...sapa tak kenai bandar melaka?? sila bunuh diri. aku serius.

Bandar Melaka adalah ibu negeri Melaka Negeri Bersejarah atau lebih dikenali sebagai Bandaraya Warisan Dunia(tapi sayangnya hanya sekelumit manusia yang tahu apakah itu 'BANDAR WARISAN DUNIA'..anda tahukah?)...eh..aku penah tgk bangunan-bangunan yang digazetkan sebagai warisan dunia..kalau tak tau...sila berkunjung ke Muzium-muzium yang terletak disekitar bandaraya melaka ini. Anda boleh Google Perbadanan Muzium Melaka untuk maklumat lanjut atau dial 103 untuk bertanya kepada operator serba tahu nombor telefon.

Seperti yang anda sedia maklum, negeri Melaka telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan pahlawan negara, contohnya Hang Tuah (hulubalang melaka), Sultan Muzaffar Syah (Sultan Melaka), Tun dan Ghaffar Baba (TPM) Tan Sri Muhammad Amar Aizat.(wahaha.ini tipu).

Dan aku sebagai rakyat Jati negeri Melaka khususnya rakyat jati Bandaraya Melaka, aku amat berbangga dengan tanah tumpah kelahiranku ini walaupun masih ramai manusia yang berakal sebesar otak burung unta yang masih tidak jemu-jemu untuk mengatakan tentang ketidakmodenan negeri Melaka dan memanggil negeri Melaka sebagai 'Kampung' tapi aku bangga what..KAMPUNG INILAH JUGAK YANG HAMPA DOK PULUN BALIK BERAYA SAMPAI JEM SAKAN DEPAN UMAH AKU!! hahaha

Aku mengukur sebuah KEMODENAN dari segi nilai moral dan sahsiah sebuah komuniti itu sendiri, bukannya diukur melalui berapa tinggi bangunan pencakar langit yang dibina kerana bakal JURUTERA seperti aku yang berasal dari KAMPUNG inilah yang akan membina kondominium 70 tingkat untuk orang 'BANDAR' diami. Buek!! hahaha kan kan?

Ok, sudah puas lari dari topik, aku actually nk bgtau benda yang aku alami sendiri sepanjang aku hidup di tanah tumpah darah ku ini. Ini real life experience k, bukan senang aku nk share neh..hehe Boleh juga dijadikan panduan kepada warga-warga negeri dan daerah lain yg ingin mengetahui tempat2 dan port2 menarik, makanan yang sedap yang boleh dilawati dan dirasai.

 
 
MAKANAN


Kalau sebut bab MAKANAN, fuh..gerenti tadak sapa yang akan kebuloq abaq hang kalau mai Melaka ni. Dari gerai bertaraf banyak bintang (sebab tepi jalan tadak bumbung, ampa boleh kira sendri brapa banyak bintang kat langit) sehinggalah hotel bertaraf bintang kehidupan. Semuanya sedap! Serius2..tak tipu. Bulan Syawal tak elok menipu. Antara makanan-makanan yang hanya ade kat MELAKA dan korang tak kan jumpa kat tempat lain :


MAKANAN NYONYA

Kalo kowang tiba kat Melaka ni, masakan Nyonya akan membuatkan kowang sangat berselera. Ia merupakan gabungan makanan Cina tapi guna rempah ratus masyarakat India dan herba diguna masyarakat Melayu. Nak tau macam mana? Rasalah sendiri. Baru korang akan tau la kehebatannya. Biasa nye, dowang akan buat hidangan otak-otak, sup itik, laksa lemak, mi siam dan nasi kunyit




MAKANAN PORTUGIS

Masyarakat Portugis menggunakan gabungan rempah ratus dalam makanan mereka. Kalau setakat depa nak tambah perisa tu, depa dok guna jus lemon, asam jawa dan buah masam untuk bagi rasa yang agak NIKMAT (ok, jgn pikir lucah) dalam makanan. Di antara hidangan yang popular ialah Devil's Curry (kari yang kaya dengan 12 perasa bersama isi ayam atau daging), Garing-garing (snek lazat yang diperbuat daripada ikan dan disaji bersama sayuran yang dimakan mentah) dan Ikan Bakar Portugis (ikan yang dibakar dan dibalut dengan daun pisang.




MAKANAN INDIA

Makanan India pulak terkenal kerana ianya kaya dengan rempah ratus seperti cili, cengkih, kayu manis, jintan putih dan sebagainya. Banyak jenis roti yang diperbuat daripada tepung gandum seperti thosai, chapati, naan, roti cana dan idli. Hidangan daun pisang pasti akan menarik selera korang semua kerana makanannya dihidangkan di atas daun pisang menggantikan pinggan biasa. Ia memberikan satu pengalaman baru kepada mereka yang ingin mencubanya untuk pertama kali. Masyarakat India-Muslim terkenal dengan Nasi Briyani dan Mee Goreng. Hidangan lain termasuk kurma, ayam tandoori dan kari kepala ikan.




MAKANAN CINA

Bagi masyarakat Cina, perbezaan cara masakan mengikut kumpulan seperti kantonis, hakka, hainan, hainan, szechuan dan hokkien membolehkan kita memilih makanan yang digemari. Masakan Cina juga pedas sedikit kerana ianya menggabungkan citarasa pelbagai etnik Cina. Di antara hidangan yang digemari ialah Char Kway Teow (mi yang diperbuat dari hasil beras, telur dan sayur taugeh), Mi Wantan, Mi Udang dan Dim Sum.





MAKANAN MELAYU

Makanan Melayu memang terkenal dengan pedas, yang menggunakan pelbagai kandungan dari bahan-bahan semulajadi seperti cili, serai, halia, santan kelapa dan sebagainya. Masakan tradisional Melayu di Melaka adalah sambal yang diperbuat daripada cili, perisa udang dan perasa lain. Masakan yang paling popular bagi orang Melayu adalah nasi lemak iaitu sajian untuk sarapan pagi. Nasi Lemak dimasak dengan menggunakan ayam atau daging, kacang tanah, telur rebus dan sambal. Masakan lain yang popular adalah seperti asam pedas (ikan dan sayuran dimasak didalam kuah asam pedas), rendang, nasi padang dan nasi goreng.





ni baru dok crita kat hangpa suma pasal makanan ja. banyak lagi tarikan kat Melaka ni such as kawasan pelancongan die, shoping-shoping die, adat resam dan budaya masyarakat kat sini n macam-macam lagi la. nanti aku akan ceritakan satu persatu dgn lebih detail lagi. kowang teruskan lah follow ya.


Kapal Dagang dari seberang,
Sarat Muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan puan datang,
Orang Melaka sedia menanti.

Gula melaka santan pekat,
Lemak manis secukup rasa;
Sepakat kita membawa berkat,
Bersatu hati teguhlah bangsa.


note::Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...