29 September 2010

cerita tentang PANAS






Sebagaimana anda semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas semacam.



Ah! Aku dah mcm intro cerita MAJALAH TIGA pulak. Maaf. Aku tak suka intro itu. Aku cuba lagi sekali. Okey?

Okey.

Sebagaimana korang semua tahu, kebelakangan ini, cuaca memang panas. Panas gila babi.

Aku bukan puteri lilin. Aku boleh tahan terik (Rujuk pada warna kulit, Accapan putih sikit dari aku. Percayalah). Tapi aku can't help but to merungut sekali-sekala bila berada dalam keadaan panas terik.

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut akibat panas, sebab aku faham. Cuma aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi kalau orang merungut panas, aku diam saja dan cuba bantu dengan meniup-niup ke arah orang itu. Tak membantu sebenarnya tapi aku beri diri sendiri 'A' untuk effort.

Akan tetapi, setiap kali aku kata "Wei, panas gila weiiii", kebanyakan orang di sekeliling aku akan memberi respon yang sama. Dari waktu aku sekolah rendah lagi.


Aku : Wei, panas gila wei.
Rakan Sekerja : Sabarlah. Neraka lagi panas.


Aku : Wei, panas gila wei.
Ustazah : Kamu tahu tak api neraka itu jauh lebih panas? Ini sikit je pun kamu tak tahan.


Aku : Wei, panas gila Melaka sekarang wei.
Kawan : Kau tahu tak KL lagi panas? (Oh, ni kawan aku yang tinggal di KL cakap, respon ni saja yang berbeza)


Aku : Wei, panas gila wei.
Bos : Api neraka punya panas berjuta-juta kali ganda lagi panas dari ini. Jom cari kuih bengkang. Saya teringin.





Aku ada masalah dengan respon tersebut sebab aku tak puas hati.

Yang dia orang yakin sangat aku akan masuk neraka apasal?

Jangan jawab.


note::matahari panas tak??


4 comments:

otak ketat said...

matahari panas. tp neraka jahannam lg panas. dah. jom teman aku g nose. nak beli kasut sket.

amaraizat said...

otak ketat::hehe.dah beli kasut dah??

Siti Fatimah Azzahra Binti Hussain said...

Aku1:Panasnya..
Umi:panas sket ja.. esok pdg mahsyar matahari sejengkal ja dari atas kepala..
hanya orang yg terpilih dilindungi olh sayap2 malaikat..
tp semuatu dh kita xambil peduli, sebab kita duk pikiaq psal amalan kita ja..

aku2:Panasnya..
kebayakan kawanku:jgn la kata panas.. kata sejuk...
akupn:Sejuk...

amaraizat said...

fatimah::hehe.terima kasih atas ingatan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...