08 September 2010

raya datang lagi



Bila Hari Raya makin hampir ni, rasanya semua dah mula buat persiapan nak sambut Hari Raya ni kan. Macam aku sendiri, ada beberapa persiapan jugak yang aku dah siapkan. Tapi kebanyakan persiapan raya biasanya diuruskan oleh puan ibu.hehe.so, kerja aku hanyalah tolong-menolong.kan tolong menolong tu amalan mulia.ye tak?





Baju raya biasanya 1 warna sedondon dan seperti selalunya baju raya kami memang dijahit sendiri oleh puan ibu. Memang jimat dari segi kos. Proses menjahit baju ni biasa puan ibu  start sebelum bulan puasa lagi. Jadi tak akan timbul isu masa tak sempat nak siapkan baju. Biasanya baju raya yang puan ibu buat memang selesa kalo dipakai.memang terbaik lah.



 
Dari segi kuih-kuih dan biskut pula, persiapan ni biasanya dibuat dalam tempoh bulan puasa ni. Time ni dugaan memang kuat la. Sebab bau biskut yang puan ibu masak kat dapur...pehhh . Dah la tengah berpuasa kan, jadi memang boleh terganggu gak fokus puasa dengan bau kuih-kuih dan biskut nih. Hehe..Kebiasaan biskut akan dibuat dulu berbanding kek. Sebab biskut boleh tahan lebih lama berbanding kek. Lagi satu, kebiasaan yang puan ibu akan buat ialah biskut tart nenas dan kek coklat.haha.lapa dah ni weh...





Duit raya? Haa, yang ni memang kewajipan bila hari raya. Bila hari raya je, mesti kena cepat pergi ke bank nak tukar duit raya. Sekarang ni dah senang, ada duit RM1 kertas. Kalau waktu aku kecilk dulu, sengsara nak bawa duit raya. Bukan sengsara sebab apa, tapi sebab waktu tu masih pakai duit syiling. Berat poket kalau beraya sebab duit syiling je. Hehe. korang ingat tak?

Hehe.rasanya tu je kot persiapan raya yang memang tiap-tiap tahun kami sekeluarga wajib lakukan. yang lain-lain adalah sebagai sampingan je. cat rumah ke, tukar-tukar langsir ke tu kadang-kadang je akan dilakukan.ikut kemampuan. sebab encik ayah cakap, berayalah dengan kesederhanaan.cewah.haha.

Len kali aku update lagi la pasal persiapan raya ye. sebenarnya aku malas nak tulis banyak-banyak ni sebab aku nak pegi kacau dodol..bye sume



note::jangan main mercun banyak-banyak.nnt luka.haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...