21 September 2010

kenapa sesetengah orang ISLAM tidak bijak??




Aku malas nak ulas isu “kenapa Yahudi bijak”, sebab aku tak ada pengalaman hidup bersama mereka orang yahudi, jadi aku tak tahu sejauh mana ‘kebijaksanaan’ mereka, tapi aku tahu kebodohan mereka, iaitu mereka bunuh Nabi sendiri, bila Nabi mereka yang lain, tinggalkan mereka selama 40 hari, mereka boleh pulak sembah lembu, tak ke bodoh?, dan bila Nabi mereka bagi perintah, mereka akan banyak usul sehingga perintah jadi tersangat susah nak amal, dan bila mereka tahu Nabi terakhir bukan dari yahudi, mereka tolak Islam dan terbukalah jalan ke neraka..

Walau bagaimanapun, kali ni,
 aku nak ulas isu “ kenapa orang islam tidak bijak” sebab aku hidup bersama orang islam sejak dari kecik sekecil embryo sehinggalah besar menjadi manusia sebesar aku… (size seluar 30)

Eloklah aku buat kajian setengah jam tentang kenapa orang islam tidak bijak kerana dengan terbongkarnya rahsia ini, dapatlah orang islam menjadi bertambah bijak lalu terselamatlah dunia ini yang dah banyak jadi rosak kerana kebodohan 'sesetengah' ummat islam…


KENAPA (SESETENGAH) ORANG ISLAM BODOH?

Staright to the point. Perkara pertama tentang kebodohan ummat islam adalah…, ok, aku jaga hati kamu, perkara pertama tentang kebodohan ‘sesetengah’ ummat islam adalah:


1) Lupa mati.

Apabila orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, maka opposite kepada orang yang paling bodoh adalah dah tentu orang yang lupa pada mayat.. dan bila dah lupa pada mayat, akan dapat penyakit lupa diri dan aku mengaku, kadang kadang penyakit ni datang menimpa aku..oh! oh! Oh! (batuk sambil menangis)


2) Lengahkan solat.

Orang yang sengaja melambatkan solat adalah tidak bijak dan tidak cerdik, sebab Allah dah janji nak bagi azab khas untuk puak-puak ini, tapi mereka boleh pulak selamba lengahkan solat macam takde apa-apa yang berlaku terutama orang perempuan, Haid dan Malaikat maut boleh datang bila-bila masa.., boleh pulak habiskan tengok '
SPA Q' dulu baru solat maghrib.. ish ish ish..


3) Tinggal solat jemaah.

Ni pulak khas untuk lelaki, pendek kata, lelaki yang dengan sengaja meninggalkan solat berjemaah adalah tidak pandai dan tidak bijak! Terutama lelaki yang dah habis drama 'Spa Q', boleh pulak tengok 'Naruto' sampai jam 8 malam, lepas tu solat sambil dengar berita kat TV, sebab berita tu penting konon, ni memang bodoh nak mampus ni..!


4) Tak solat

TAK BIJAK! TAK CERDIK! BENGONG!


5) Bukak Aurat

Aku pelik bila ada parti ABC yang sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kemenangan dalam pilihanraya, sanggup bayar duit claim minyak, sanggup keluar duit beli pengundi, sanggup bersekang mata turun padang tunjuk kebaikan kepada rakyat, tapi tak sanggup pakai tudung tutup aurat sedangkan beliau orang islam yang mana bila korang pakai tudung tutup aurat dah tentu Allah suka dan bila Allah suka, dalam hadith bagitahu, Allah akan perintahkan penduduk langit jugak suka kat korang dan rohaniat akan sampai pada penduduk bumi jua yang mana akhirnya para pengundi islam juga akan suka dan insyAllah korang akan menang, tapi korang bila kalah rasa pelik sebab tak tahu punca kalah sedangkan ramai rakyat yang cerita kat aku mereka tak suka nak pangkah korang sebab korang tak tutup aurat dengan sempurna… itu rahsia korang kalah, simple sahaja..

Tutup aurat dan jangan masuk neraka! Kalau tak, itulah perkara yang paling bodoh pernah korang lakukan sepanjang hidup.., atau korang suka jika bila dikafan korang naik kereta JENAZAH hanya tutup dada dan kemaluan?

Jangan jadi bodoh!


6) Tolak sunnah Nabi.

Orang islam yang tak mampu simpan janggut, atau tak mampu nak istaqamah solat berjemaah di masjid, tak payahlah nak hina orang yang mampu, cakap mereka hodoh macam kabing sebab simpan janggut dan korang mengaku hensem macam tapir sebab takde janggut.., tak payahler..

Mengaku sahajalah korang iman lemah sebab belum mampu ikut sunnah nabi dan berdoalah agar diberi kekuatan untuk ikut sunnah Nabi suatu hari nanti sebelum naik van jenazah...

Sebab dalam hadith bagitahu, orang yang tolak sunnah nabi, nabi tidak akan mengaku korang sebagai ummat di akhirat kelak.., oh.., maka janganlah buat keputusan yang bodoh.., kerana, apabila kita dah nama orang islam, wajiblah bagi kita ikut sunnah Nabi..



ade banyak lagi sebenarnya kebodohan dan kejahilan yang dilakukan oleh SESETENGAH umat Islam.  nanti bila-bila aku free akan aku rungkai satu persatu


ayuh saudara SEISLAMku! kita bangkit bersama untuk kecemerlangan umat ISLAM bersama!

Sekian...

Ps: Aku hari ini kalau ade org nak mati, dan bisik kat telinga bagitahu lepas ni aku pulak mati dan tentu aku tidak akan tersenyum sebaliknya akan gelabah lalu berkata, "apa pulak aku nak kena mati, kau matilah dulu..oh!





note::aku mengaku, aku masih lagi jahil dalam banyak hal…


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...