26 September 2010

lu bikin gua panas je




Bayangkan, aku tengah tengok filem Melayu dekat A***O (siaran TV berbayar) . Masa tu jam menunjukkan tepat jam 11 malam. Semua orang dah tidur. Aku sorang-sorang je depan TV tengok filem. Hari ni tak keluar lepak mamak sebab hujan. sejuk. lagi-lagi malam ni malam jumaat. ape yang korang buat time malam jumaat kalo korang ade isteri??cehhhh dah senyum sorang-sorang tu.haha

Ok. sambung cerita. Filem ni filem sedih. Melankolik gila. Dengan mood melankolik sebegitu, setiap ayat yang dituturkan oleh pelakon adalah penting, supaya kita dapat menghayati sepenuhnya filem itu.

Mari kita ambil filem bertajuk "Kisah Makcik Sally yang berduka" sebagai contoh.

[Sila hiraukan tajuk filem. Faham tak konsep contoh?]

Tengah aku syok-syok layan filem tu, tiba-tiba  aku rasakan dialog yang dituturkan oleh makcik Sally (nama watak utama dalam filem sedih) kurang jelas ke pendengaran lubang telinga aku. Hanya kelihatan Angelina Jolie (nama pelakon yang melakonkan watak makcik Sally) tersedu-sedu menahan tangis sambil berkemban.

Pastu aku ambik la alat kawalan jauh, kuatkan volume.

Sekarang, suara makcik Sally sudah jelas kedengaran.

Dan sekarang, baru la aku faham kan kenapa makcik Sally ni sedih sangat.

Tiba-tiba... Iklan pulak.


JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENYAKSIKAN DRAMA-DRAMA TERBAIK DI A***O CITRA (siaran TV berbayar) , KINI DENGAN HD!!!!!!

HANYA DI A***O BEYONCE (siaran TV berbayar) !!!!


Aku menggelabah cari alat kawalan jauh, untuk memperlahankan bunyi.


********************************


Berdasarkan situasi di atas, korang rasa macam bangang tak bila dipermainkan oleh pihak A***O (siaran TV berbayar)?

A***O (siaran TV berbayar) dengan sengaja telah memperlahankan nada suara rancangan yang sedang ditayangkan. Untuk mendengar dengan jelas, pengguna perlu meninggikan nada suara. Tapi apabila iklan ditayangkan, bunyi iklan tiba-tiba kuat nak mampus. pernah tak korang alami??

Aku pun tak tahu apa motif A***O (siaran TV berbayar) di sebalik perbuatan yang licik ini. Adakah ini satu konspirasi? Adakah dengan menguatkan iklan, A***O (siaran TV berbayar) akan mendapat bayaran lebih? Adakah dengan menguatkan iklan-iklan A***O (siaran TV berbayar), jiran sebelah yang tak ada A***O (siaran TV berbayar)akan menjadi cemburu?

Atau pun, adakah A***O (siaran TV berbayar) berniat jahat terhadap filem makcik Sally?


Sama-sama kita fikirkan........


note::drama-drama sekarang kat TV pon dah banyak merepek.membosankan


2 comments:

Nuratiqah binti Redzuan said...

ingatkan aku sorg je rasa cmtu..mmg bengong gile.kalu tertido leh tersentak la..bengong kn knn kn

amaraizat said...

tikah::hahaha.semua rakyat MALAYSIA kot mengalami benda yang sama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...