05 September 2010

bangunlah dari tidur

demonstrasi? isu perkauman? isu minyak tinggi? isu gula, tepung, ayam mahal? isu jem semakin teruk? isu pembangkang dengan kerajaan? dan pelbagai isu lagi

walau apapun isu, kita patut bersyukur sangat-sangat sebab sebesar manapun isu di negara kita, korang perlu tanya kepada diri sendiri, adakah isu seperti di bawah ini berlaku di negara kita?


ISU KEBULURAN?

kebuluran di Somalia


ISU GUNUNG BERAPI?

gunung berapi di Krakatau, Indonesia


ISU DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?



ISU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI?

pembunuhan beramai-ramai di Filipina


ISU BANJIR BESAR YANG MENGAKIBATKAN JUTAAN NYAWA?

banjir besar di Pakistan


ISU GEMPA BUMI?

gempa bumi di China


ISU PEPERANGAN?

peperangan di Palestin


ISU TSUNAMI?



tsunami di Acheh, Sri Lanka dan Phuket


ISU TAUFAN?

taufan katrina di Amerika Syarikat


TIADA BUKAN?

tidak sedarkah anda semua jika dibandingkan dengan negara lain di dunia,

MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG DILINDUNGI TUHAN?

kalau kita bandingkan dengan lingkungan Asia Tenggara pun jadi la. kalau korang ingat lagi la waktu belajar geografi dulu, Malaysia berada di dalam lindungan dari segala Lingkaran Api iaitu gempa bumi dan gunung berapi, sedangkan negara jiran kita Indonesia dan Filipina mempunyai sekurang-kurangnya 3 buah gunung berapi yang masih aktif dan berpuluh-puluh gempa bumi yang menyebabkan tsunami dan pelbagai lagi bencana alam.

tidak bersyukurkah lagi dengan keamanan yang diberikan oleh Tuhan?

kenapa kita nak cipta kesengsaraan sendiri dengan isu yang direka oleh umat manusia sendiri?

bersyukurlah kita dalam apa agama sekalipun, sebab itu lah aku gunakan kata ganti nama Tuhan, instead of Allah S.W.T kerana aku maksudkan entri ni kepada semua warga MALAYSIA tak kira apa jenis agama yang dianuti, yang masih sayangkan negara kita ini kerana korang rasa kalau pergi ke negara-negara lain korang akan hidup lebih aman berbanding dengan negara kita yang kecil tapi indah ini?

korang rasa kalau korang duduk kat Europe, USA, UK, Dubai dan sebagainya, korang tak kan dapat apa-apa masalah ke? Tuhan telah tetapkan kita dengan sebaiknya di tempat kita sekarang, kalau korang masih sayangkan negara kelahiran diri sendiri bersyukurlah dilahirkan di Malaysia dan tempat lahir dicatatkan sebagai Negara Malaysia.

korang selidik balik sejarah tragedi yang terjadi diakibatkan oleh tindakan rakyat sesama sendiri. tidak apa yang perlu dibanggakan disebalik tragedi tersebut, malah merugikan diri sendiri.

mahukah perkara ini terjadi lagi??





aku tak mahu kehilangan rakan yang pernah aku kenali tidak kiralah apa agama dan bangsa sekalipun kerana Tuhan telah berikan kemewahan hidup yang tidak dapat dikecapi oleh negara lain.


MENGAPA KITA PERLU MENCIPTA SENGKETA
YANG TIDAK PERLU ADA DALAM FIKIRAN KITA SEKALIPUN?


BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSA KU



note::pilihlah cara hidup yang akan memajukan agama, negara dan bangsa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...