31 August 2010

kerana aku masih ingat

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng dan orang-orang yang boleh kita berhubung. Tapi, apakah itu kwn? Geng warung kopi? Member seperjuangan? Member lepak-lepak? Rakan sekolah atau kawan-kwn yang bersama kita semasa kita kecil? Xde prejudis, xde perbezaan, xde pertandingan dan takde persaingan…sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata. Dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih.




Xde hal sekarang ni nak buat kwan mmg cepat senang dan pantas! Xpayah keluar rumah, tak perlu bangun kerusi, tenung skrin computer “KELETAK KELETUK” aje keyboard. Boleh suka benda yang sama. X suka pun xpe. Kenal x kenal belakang crite, risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak boleh diduga.




Kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Membawa bersama kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi. Seperti sebutir habuk ditiup angin yang mencari ketentuan hidup dan arah masa depan. Kita memikul beban dan pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan. Kisah silam yang ingin kita lupakan. Berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yang baru.




Suatu hari kita sedar, melakukan kesilapan adalah lumrah perjalanan hidup yang akan mendewasakan kita. Terikat. terkongkong. terkurung. Kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama yang ikut ke mana saja kita pergi. Akhirnya ruang membuatkan kita lupa leka dan lalai. Memaksa kita berfikir. Membebankan kita. Membebaskan kita. Melemas dan menelan kita semula.






Tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian mencari kesefahaman. Tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan pengganti tempat kita mengadu.




Nak masak lauk pun kena pilih bahan, kena pandai kawal api dan sukatan rencah perlu tepat. Tak lebih tak kurang. Untuk jadikannya sesuatu yang boleh dinikmati. Akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan, bila kita sudah sehaluan hanya masa akan menentukan perjalanan persahabatan kita.





Tapi kadang-kadang, menunggu tu kita rasa berbaloi juga. Bila kawan2 ada disamping kita.






Bila semuanya di luar kawalan kita, apa yang boleh kita buat? Selain menunggu dan mengharap. Hanya tunggu dan lihat. Apabila kita sedar dunia yang telah kita bina sebenarnya rapuh dan mula retak. Kita cuba sedaya upaya untuk berdiri dan bertahan kerana itu saja yang kita mampu lakukan.





Hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras. Dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan.




Berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan. Tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini. Selangkah demi selangkah. Bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari.





Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang.




note::kerana ketidaksempurnaan itu adalah kebahagiaan baginya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...