28 August 2010

anak

malam tadi tengah aku duduk-duduk layan cita the expendable kat laptop ni ha tiba-tiba si nokia ni bunyik pulak..tiiiit tooot tiiit toooot..haih, ni mesti cik sayang nak kejut sahur ni.tapi ni aku tgk jam kat tgn baru pukul 11.56 malam. oh, ini mesti rindu.


hello sayang..

eykh? ape sayang2 ni ha? (laaaa, puan ibu rupenya.tu la, xtgk skrin terus angkat fon)

ehhhhh. hai ibu sayang..hehehe. ibu sayang chat?

buat tebiat ka hang ni amar oi??? cek taw na, hang igt hang punya mek tepon ka??


hahaha.okeh, kantoi. ibu mmg slalu call pon borak-borak tanye pasal pelajaran, life, dan macam-macam la.ibarat kata pepatah hindu, ibu mana yang tak sayang kan anak kan. satu part je yang aku xbleh nk jwb kalo ibu tanya macam ni..


belajar macam mana? ok tak?

errrrrr, belajar? ok je bu.... (haihhhh, padahal belajar hanyut tah ke mana tah)

owh, ok. belajar rajin2 ye. jangan ingat nak kawen je. kalo nak kawen benti belajar.

hah? boleh la ni bu?

cetttt! aku silat hang kang. belajar dulu. keje molek2. sat nanti mu nak kawen dengan anak sultan melaka pon aku pinangkan

owh, ok. (percaya bulat2 walaupun melaka dah takde sultan)


then, drama sebabak pulak muncul...


dah makan ke belum?? makan ape?

dah bu... makan megi je.. roti-roti..

la...awat hang makan lagu tu na? cek habak mai kat pak hang nnt..

tibe2 dgr suara ayah dari hujung corong telefon --> suruh dia makan sedap-sedap, xcukup duit nanti ayah bank in. besok ayah bank in rm150.00. nak belajar makan kena berkhasiat

dgr lagu mana pak hang cakap tu. tok sah makan pelik-pelik tu

huhuhu.baik bu. (dalam hati girang gembira ni. boleh aku beli baju-baju ni. pak aku nak bank in duit. punye la setan punye perangai kan. haha. xla, simpan der, duit nak beli buku kot)

hang toksah dok kalut na.. takde duit cakap. yang penting hang belajar (drama sebabak berterusan lagi)

baik bu..time kaseh bu.


puan ibu aku ni mmg baik. penyayang. pemurah. penyanyi.ok, itu tipu.hahha. encik ayah pun sama. tapi encik ayah tak tunjuk bahawa dia caring kat kami anak-anak. sebab mmg naluri ayah-ayah kat dunia ni tak kan tunjukkan kasih sayang dia. mungkin malu untuk diluahkan kot. ye tak? macam mana lah aku bila jadi encik ayah nanti kan?? haha. dah jauh menyimpang ni.

dan seperti kebiasaanya, lepas puan ibu call atau encik ayah call ke, aku mesti rindu kat mereka. ok, amaraizat sila buang ego jauh-jauh. mesti korang kata hapekebende tah mamat ni. xbujang langsung. eh eh macam la kowang tak rindu. ye tak? kalo tak, try la tak balik kampung 6minggu mcm aku. kita tgk.haha


ini encik ayah yang hensem bergaya


ini puan ibu yang cantik paras rupa


note:: encik ayah dan puan ibu, duit yang bank in tu da masuk. timekaseh ya


2 comments:

~Daisy shalala~ said...

hahaha.. xboleh belah.. nnt i get back to melacca, im gonna tell ur dad.
(die ronggeng je kt sini, bukan makan berkhasiat ponn) :p

amaraizat said...

hahhaha..u jgn la cakap okeh. i blnje u nasi goreng mak cik kedai simpang nak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...