28 August 2010

cinta aku dan aliya



dah dua bulan kita bersama
saya sangat gembira dengan kehadiran awak dalam hidup saya

awak baik, tapi kadang-kadang awak nakal jugak
sebab saya suka usik awak, awk pun kata awk xkesah..hikhik

kadang-kadang saya usik awak, sampai awak nangis-nangis
tapi saya tahu, awak tetap sayang saya kan?

awak, awak ingat tak dulu masa kita makan mcd
makan beger sama-sama, saya makan sikit je
saya cakap saya da kenyang..
tapi sebenarnya saya saja nak awak makan lebih,
sebab saya tau awk suka sgt makan mcd

tiap-tiap malam tepat pukul 3pagi je saya mesti sms awak,
walaupun saya tau awk sedang nenyak tidur
tapi saya nak awak tau yang saya tetap rindu kat awk

tapi sejak akhir-akhir ni saya rasa tak berapa sihat la
selalu letih-letih, maafkan saya, awk....
kadang-kadang saya tak dapat nak layan kerenah awak

hari tu awak tak sengaja jatuhkan handfon saya
saya tengking awak, maafkan saya
saya tak berniat pun nak tengking awak
saya pun tau kenapa sejak akhir-akhir ni saya mudah marah

jadi masa hari lahir awak saya hadiahkan bunga ros putih yang awak suka
saya minta bunga tu awak letak kat tingkap bilik awak,
supaya setiap kali awak tengok bunga tu, awak akan ingat kat saya...heeee

walaupun saya rasa tak sihat dan letih
saya tetap nak bersiar-siar dengan awak
saya nak awak gembira masa hari lahir awak
mungkin nanti saya dah tak berpeluang dah untuk bersama awak
mungkin ini saat terakhir...

masa dalam perjalanan pulang tu, kita lalu kat depan kedai bunga
saya tengok awak asyik jeling-jeling je kat kedai tu
saya tau awak nak bunga kan?
jadi saya belikan sejambak bunga untuk awak

maafkan saya awak, saya dah tak larat sangat dah
maafkan saya juga sebab saya tak bagi tau awak saya menghidap barah otak
saya tak nak awak risau...
saya tak nak awak sedih...
saya nak awak gembira je

awak, saya letih..
biarkan saya berehat ye

maafkan saya awak
saya tak dapat sms awak seperti dulu
kalau awak rindu saya, awak jaga bunga tu elok-elok tau
itu tanda ingatan saya kat awak
saya sayang awak sampai bila-bila

jaga diri baik-baik tau
saya pergi dulu
selamat tinggal awak...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"amar, bangun! beli makan jom. dah nak berbuka ni."

aku bukak mata, roomate aku tercongok kat dpn mata aku. celaka! aku mimpi rupanye!

tido petang pon bleh mimpi ke?!haihhhh

aku capai towel, masuk bilik air

"sahaja aku mandi...."



note::baca doa sebelum tidur.haha


6 comments:

sean90wan said...

ingat tol2 la tadi..khayalan semata mata je..
ko balik raya x??
sabar2 tiket2 semua da habis..
ko tumpang je la kawan k apa..k suh syuk (sheikh) amik ko k??
jauh k tmpat ko??

sean90wan said...

ingat tol2 la tadi..khayalan semata mata je..
ko balik raya x??
sabar2 tiket2 semua da habis..
ko tumpang je la kawan k apa..k suh syuk (sheikh) amik ko k??
jauh k tmpat ko??

hEpiLife89 said...

xda pn ko bg aku bunga...
erm k...
slmt tggl...

amaraizat said...

hepilife::ko alyaa! bukan aliya

Siti Aca said...

haha agk menarik!!..ingtkn real,,mmpi rpe2nye..hampeh..haha

amaraizat said...

aca::hehhe. sekali sekala mimpi mcm ni. nak dpt awek cun mcm ni susah kott

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...