bercerita sikit pasal hantu ni la kan. aku nak cerita pun takut. tapi aku nak cerita jugak la. kejadian berlaku dua bulan lepas time aku balik lepak-lepak kat mapley ngan member aku.
kisahnya bermula pada satu malam yang hening. di mana terdapat seorang budak yang cergas baru lepas pekena milo ais dengan roti telur bawang lebih lima keping.ok, ini tipu.
malam tu tak sama dengan malam lain. sebab malam itu malam selasa. lainnya malam khamis, jumaat dan yang sama waktu dengannya.
baiklah.
dalam kekenyangan budak itu, tiba-tiba dia ternampak pakcik sedang melintas jalan. lalu dia pergi membantu
pakcik, boleh saya tolong na?
boleh boleh
meh sini saya pimpin tangan pakcik
tatkala tangan tersentuh. rasa sejuk yang amat sangat. perkara itu tidak dihiraukan sehingga kami selamat melintas jalan.
pakcik, nak tanya ni
tanyalah
kenapa tangan pakcik sejuk?
owh. pasal tu. dulu pakcik eksiden kat jalan ni.
..............
okeh, lepas pada tu lima hari aku demam. tobat tak nak pegi mapley balik malam lagi. dan pikir lapan ratus kali kalau nak tolong orang malam-malam ni.
amacam? ada berani?
note::bila mak kowang sume cakap tok sah kuar malam-malam, ikutlah nasihat mereka
No comments:
Post a Comment