29 August 2010

indahnya ramadhan

dua tiga hari ini aku perasan jugak. dekat wall fesbuk aku tu penuh dengan gambar ketupat serta kubah masjid beserta kata-kata menyambut ramadhan la, aidilfitri la. dalam diam tak diam kita dah pun menjangkau puasa yang ke 20. bermakna kurang lagi dua minggu kita akan menyambut aidilfitri la kan? kadang-kadang depa dok tag gambar makanan kat aku. satu gamba bebudak tag sampai 50 orang. bila penge'tag' dan orang kene tag dok balas-balas komen, berborak la macam sepuluh abad tak jumpa, yang kena tempias nya aku jugak. tak sampai setengah jam ada lima puluh notification yang masuk, sekadar nak bagi tau hari ni nak berbuka apa.

itu baru satu tag. buat kena dalam tujuh gambar, tak ke haru-biru dibuatnya. ok lah, lupa kan pasal gamba. so sekarang aku nak bercerita pasal bazar ramadhan. agak terlambat sikit nak bercerita. tapi tak kesah la. aku punya suka la kan.

1

bazar ramadhan adalah terbuka untuk umum pada sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. ia benar-benar menyatukan umat Islam dan di sinilah kadang-kala kita dapat mengeratkan sillaturrahim yang sekian lama tak jumpa.

2

aku agak tertarik dengan warna popia ni dan hiasan bijan kat atas nya. kalau korang biasa makan, harganya adalah dalam RM0.50 sekeping. rasa popia ni agak manis berbanding popia yang satu lagi ni ha (gambar kat bawah). yang popia ni kita boleh dapat dengan harga 3 keping RM1.00 sahaja. murah sikit berbanding popiah cili

3


aku juga amat gila bila jumpa dengan ikan bakar, terutamanya ikan pari bakar. kalau kat bazar tu kita boleh dapatkannya dengan harga RM6.00 sekeping. tapi kalau ikan kembung tu murah sikit kot. kadang-kadang aku dapat gak harga murah. diskaun kata nya. mungkin mak cik ni nak buat aku sebagai menantu kot.haha..

5



6

murtabak (RM2.00 untuk 1) paling tak tinggal kalo aku nak beli juadah. murtabak ni adalah adunan nipis diisi dengan daging cincang, ayam atau daging lembu, bawang putih, telur dan bawang. lepas ia akan dicanai sampai nampak kecoklatan. kalo aku la, aku lagi suka makan murtabak daging. grrrrr! delicious.

7


ni dia lagi satu feveret aku! roti jala cicah dengan kari ayam..walla.memang terbaik lah!

8


9


kadang-kadang aku beli jugak roti boom ni.buat bekalan untuk bersahur.sebab aku tak larat la nak dok perabes sume time berbuka

10


11


kebab::menu wajib

13


ayam golek ni kalau ade ade bajet lebih aku beli la

14


ni nuget-nuget.aku jarang la beli.sebab tak suka

15


pulut ni memang terbaik! aku suka sangat. pandai orang yang buat ni

16



satu lagi yang aku suka ialah sata. makanan ni aku tak kan jumpa kat melaka negeri kelahiranku. sebab ini makanan dari ganu. kalo tak silap ini dibuat dari isi ikan tenggiri. sedap mak!

18



kepak ayam madu. kalo teringin kat tekak, aku beli la

19



ini adalah hidangan nasi berlauk. tapi lauk-lauk yang mereka ni masak tak setanding sedapnya macam puan ibu masak la.

20


ikan bakar + kelapa

21


ni adalah menu-menu diet cik awek. mee sup

23


popiah basah. tapi aku tak minat

after 25


biasanya aku tak singgah pon kedai ni. sebab aku tak berapa minat la makanan goreng-goreng kat kuali besar ni

26


kuih-muih yang korang boleh dapatkan sebagai sajian tambahan

28


29


31


32


33

34


35

36


38

39


dan tak lupa juga, sunnah nabi. berbuka lah korang dengan beberapa biji kurma. ini kurma segar. mungkin mahal sikit kot

40


ok lah, air liur aku pon dah meleleh ni. sat lagi nak pegi bazar. nak cari ape-ape yang patut. kepada korang semua, selamat berbuka puasa!



note::to SOMEONE yang hari-hari kejut saya bangun sahur, terimakasih ya


2 comments:

Mohd4fiQ said...

bnyk lak mknn ko tunjuk...dh cam blog makanan dh aku tgk..anyway tu lemang dowh....mane de org pggil pulut~~...

amaraizat said...

hahahha.lemang eh??
aku igt puluh.kahkah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...