31 August 2010

kita satu bangsa, satu negara




Sedar tak sedar dah 53 tahun kita menyambut hari kemerdekaan kan? Betapa Malaysia dah membangun dari anak kecil yang merangkak lalu bertatih, kemudian berdiri dan kini mampu berjalan sendiri. Mungkin kita tak sedar Malaysia sudah dikenali di segenap ruang dunia, jauh berbeza dengan 30 tahun yang lalu.



Tapi sejauh mana kita menyayangi negara kita? Adakah kita menjaga negara kita, adakah kita mengikut setiap peraturan yang ditetapkan? Adakah kita membuang sampah di tempat yang disediakan? Tepuk dada tanya selera. Adakah perkataan sayang Malaysia yang dilaungkan kita kini setimpal dengan apa yang kita berikan untuk negata tercinta kita?

Di mana maruah bangsa kita? Adakah kita menjaga maruah bangsa kita? Apa yang kita mahu banggakan? BUANG ANAK? Mungkin kah itu trend yang perlu Malaysia banggakan? BUNUH MEMBUNUH? Apakah itu tahap intelektual daya pemikiran rakyat Malaysia masa kini? Adakah gelaran Gangster yang perlu kita war-war dan bangga-banggakan? Sedarkah kamu, apa erti kemerdekaan?

Jikalau dulu, bangsawan negara bermati-matian demi mendapatkan WARGANEGARA MALAYSIA.... Tapi kini, SESIAPA pun boleh menjadi WARGA MALAYSIA? Apa bukti kamu CINTAKAN Malaysia?

Apakah punca pertelagahan rakyat Malaysia? Di mana pergi Unsur nilai-nilai murni yang diterap sejak dari sekolah rendah? Kita mengajar anak kita cara beretika dengan betul sedangkan kita? Apakah perumpamaan GAJAH DI DEPAN MATA KAU TAK NAMPAK, KUMAN DI SEBERANG LAUT KAU NAMPAK sudah sebati dalam jiwa kamu semua? Adakah itu orang-orang yang merdeka?



Wahai rakyat Malaysia, merdeka atas dasar kebebasan bukan lah noktah semata-mata, tapi kesedaran yang hakiki kunci kemerdekaan yang berkekalan...




SELAMAT HARI KEBANGSAAN SAYA UCAPKAN KEPADA MEREKA YANG BERWARGANEGARA MALAYSIA :)

MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU...



note::dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...