26 August 2010

permulaan hidup seorang mahasiswa

pesanan penaja: haha.tajuk macam gampang je kan..xtau nk bagi tajuk ape la.jgn cakap poyo sudah la.haha

Lebih kurang sebulan lepas punya cerita.Pagi tu angin bertiup sepoi2 bahasa.bahasa apa? tak payah la korang tanya. bahasa uganda kot. mana la aku tau. dah cikgu safran dulu ajar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dulu. kira mcm pepatah melayu la.

Jam polo kat tangan aku menunjukkan jam 11.50 pagi..sesekali aku tengok tarikh kat jam tu, 21 Julai 2010. kalau mengikut kalendar encik mohe, hari ini akan keluar keputusan e-rayuan ke IPTA. jadi dengan perasaan yang macam mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan aku menunggu dgn sabar sbb pukul 12.00tgh hari keputusan tu akan keluar.

tapi rasa mcm, ah mesti tak dpt punya..aku baru kan abes diploma.blum genap sebulan pon rest kat umah ni.bagi la peluang kat akak2 abg2 lepasan poli yg dah setahun menunggu tu. then, aku tarik selimut.tido! tibe2 dengan enak di buai mimpi, dpt satu panggilan. adeh, ni mesti puan ibu ni nak pesan soh beli cili api. tak pon encik ayah nak cakap amik adek skola nnt.

hello, ye bu.ada apa?

hello.universiti malaysia pahang

ha? UMP?ye ada ape?

saudara Muhammad Amar Aizat, saya dari UMP. awak dapat tawaran sambung pengajian di sini dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dengan persekitaran.

apakah ini benar??haihhh.mimpi lagi ke aku ni??

jadi adakah encik amar setuju untuk terima tawaran ini?surat tawaran boleh dicetak kat laman web mohe ya. dan encik perlu mendaftar pada 23 Julai ni, jam 9.00pagi. ok, terima kasih.

eh, puan, puan.adeh.baru nak tnye dah letak tepon.aduh..

ok.macam tu la perbualan singkat antara aku dan puan kerani UMP tu.mungkin dia nak tepon lagi beribu2 org kot.tu yg laju semacam je. tapi, jauh dalam benak fikiran ku melayang2 seperti pohon kelapa yang melambai2 ditepian pantai.dah2.cukup la berangan. tapi satu je yang aku nak ucapkan kat sini. Ya Allah, hambamu dengan ini bersyukur sangat2 kerana hajatku selama ini diperkenankan.Alhamdulillah.

UMP yang INDAH.haha


So, adegan drama sebabak pon bermula.haha.keji je bunyi nya. bila encik ayah balik keje je.terus aku dapatkan encik ayah. bagi tau pasal tawaran ni.ayah excited punye lah bagai.siap peluk aku.cium.ucap tahniah.walaupun encik ayah kadang2 dia pendamkan kasih syg die tapi aku tau encik ayah seorang yang penyayang.tahniah amar, encik ayah bangga dengan amar.. belajar lah dengan bersungguh2. duit boleh cari. peluang hanya datang sekali. gunakan lah dengan baik. baik encik ayah! time kaseh. sebenarnya masa tu aku betul2 buntu nak terima ke tak tawaran tu...tu yang encik ayah dan puan ibu bagi nasihat

then, puan ibu pon balik keje dengan perasaan yang berbunga2. dapat aku lihat raut wajah cikgu noriah ni yang beliau bangga akhirnya anak dia dapat jugak melangkah ke menara gading. amar, syg tahniah ye.xsia2 doa puan ibu selama ini.time kasih puan ibu.syg ibu sgt2. ibu mana lah yang tak bangga bila anak nya masuk pandai kan.haha.ini tipu ok!

dan tak lupa juga ucapan tahniah yang aku terima dari amirul, ira, aiman, pakcik2 sedara, makcik2, nenek tercinta, lecturer2 poli (puan rahimah, pn huda, pn dazlina, pn haslina, pn isda n ramai lagi la).kalau nak sebut satu2 mau tercabut keypad ni

so,berbalik kepada tajuk asal.aku ada masa 2hari saja untuk siapkan segala kelengkapan.walla! gila la. dlm masa 2hari ni nk wat medical check up, nak siapkan kelengkapan, nk pegi skola (tempat mengajar) nak bagi surat letak jawatan, nak buat mcm2, nk jumpe member2 ucap selamat tinggal.haha.memang serabut.

jadi, bermula pada saat ini.aku memegang semula status sebagai seorang mahasiswa setelah sebulan honeymoon. ape2 nnt aku update pasal life kat sini ye. penat la nk tulis banyak2.



gaya2 seorang student.haha.study la sgt kan



mood::oh, sgt rindu kat encik ayah, puan ibu, amirul, shira, aiman, cumita, my popo, murid2 skolah jelatang, dan semua yang sama waktu dengannya.


2 comments:

Unknown said...

fuyooo.amar jdi student UMP...kihkihkhikih

amaraizat said...

suzana::hahaha.yela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...