27 August 2010

fizik!

Bila ingat balik masa muda2 dulu, cikgu-cikgu da xmacam sekarang. Masa tu cikgu tak pandai bergaya sangat. xde la fesyen2 berpakaian ni. xde la nak pakai tudung yang sekarang ni ade segala bagai fesyen. ye tak? zaman dulu2 pon cikgu-cikgu mesti pakai kacamata bulat berbingkai yang tebal. bawak buku tebal2 dan kat tangan dia mesti pegang sebatang pembaris kuning. ini fakta. bagi golongan-golongan millenium skang ni mesti tak jumpa lagi dah pembaris tu.

bile nampak cikgu dah nak mai je, dari jauh masing2 dah menikus. mana tak nya, kat tangan cikgu tu tersemat sebatang pembaris kuning yang masih gagah menunggu mangsa je untuk membaham.haha. tujuan asal nya untuk buat garisan je kat papan hitam time mengajar, tapi paham2 je la.haha

waktu dulu, skola xmacam sekarang. dulu2 cikgu boleh denda atau rotan je murid-murid sesuka hati. sebab tu la kami jadi manusia macam sekarang. ye tak? bukan la aku habak yang budak sekarang xjadi manusia tapi jadi manja sangat bila kene denda sikit dengan cikgu, da bagitau mak ayah. lepas tu mak ayah ni pulak pegi habak mai la suratkabar ke, berita ke, cakap cikgu lempang laju2 anak dia.haha. kalau hat jadi kat aku la, silap2 encik ayah lagi gedebuk je dekat aku. lagi menambah perasa kan.

bercakap soal cikgu dan sekolah ni satu benda yang aku xboleh lupe sampai bile2 ialah mengenai Cikgu Low Shuey Tyng.haha. kepada budak2 BRASS (bukit rambai secondary school) yang ta kenal cikgu ini, sila letak jawatan sebagai bekas pelajar BRASS okeh..

cikgu Low ni da ajar aku since form 3 lagi. memang jodoh kami panjang. haihhh. ini bukan cerita kapel2 atau perasaan cinta. ini cerita pasal kelas math dan fizik yang cikgu Low ajar aku. entah dimana silapnya, memang aku menjadi antara student yang slalu kene MARK ngan beliau. bukan kene mark sebab kami golongan cerdik, tapi antara student yang dajal dan terejal. haha. sehingga satu hari aku pernah nak bakar kereta iswara merah beliau.ini tipu.haha

dan setiap kali masuk kelas fizik beliau, muka student pertama yg dia akan pandang ialah anak murid kesayangan nya la. guess who? aku la. haha. bila dia da puas hati baru la mula mengajar. tujuan nya adalah untuk memastikan aku datang atau tidak. very caring la dis teacher. dan selama 120 minit waktu fizik itu la aku manfaatkan dengan sepenuh perhatian pada kelas fizik. okeh ini tipu lagi. hahha. dan sebenarnya aku akan tido, makan, borak dan sebagainya. dlm erti kata lain xkan pernah tumpukan perhatian pada kelas fizik ni la.

sehingga lah pada suatu hari, sedang aku khusyuk membaca komik naruto waktu cikgu Low ngajar kat dpn. tiba2 dia berhenti untuk mengajar. aku nampak dia berjalan ke arah aku. langkah yang sungguh menggoda tapi garang. takot. masa tu jantung aku dah bdegup laju dah. peluh jantan, peluh betina, segala bagai peluh da kuar dah. terasa awan hitam mendung atas kepala aku, dengan kilat sabung menyabung, guruh berdentum2.okeh, ini untuk menyedapkan ayat sahaja. dan seraya berkata


amar!

ye teacher? (dgn muke 15 sen)

kenapa kamu seraru sahaja tidak amik perhatian masa saya sedang mengajar? kamu sudah pandai sangat ka? (dgn loghat bahasa cina yang pelat L)

tak tecer, saya....saya...saya..

saya sudah fed up dengan kamu! sukati kamu ra nak buat apa! orang macam kamu mmg xkan ke mana.

gulp! tecer, jgn doa macam itu. kata2 org, doa cikgu amat termakbul.

sejak dari itu lah, aku akan sentiasa menumpukan sepenuh perhatian pada kelas fizik walaupun hanya berpura2. gaya yang sungguh plastik. terpaksa menjadi hipokrit untuk sementara saja. sampai tecer Low sendiri pon hairan dan bertanya


eh, Amar!

ye tecer.... (haihhh, ape lagi la org tua ni)

saya tgk kamu makin rajin belajar la, selalu tumpu perhatian

so, tecer suka la? (yeyeh..tak sia2 lakonan ku selama ini)

bukan! markah fizik kamu! masih 36% lagi! kamu belajar ke berangan ni? (dalam ertikata lain 7D la.haha.)


serabut2.aku igtkan tecer nak puji aku sebab dah berkelakuan baik (haha.baik la sgt) tapi kene hentam lagi. sebenarnya banyak lagi perangai2 yang tak serupa manusia aku buat time tecer mengajar.tapi aku letih la nk taip banyak2 kat sini. cukup lah classmate aku time je yang tau.

dan aku igt lagi nasihat terakhir daripada tecer Low kat aku tyme aku amik sijil SPM.


amar!

ye tecer..xkan nak marah2 lagi??huhu

tak. saya nak ucap kat awk selamat berjaya ke dunia selepas ini. kat mana pon awak berada, saya ucapkan all the best. (mcm xde motif je ape dia cakap ni)

oh, ok tecer. dulu2 doa yang tecer cakap kat saya tu tarik balik eh??

ye (smbl angguk2)


sedar tak sedar peristiwa tu dah berlaku 3 tahun yang lps dan masih terus segar dlm ingatan aku. sesungguhnya aku sangat rindukan saat2 bersekolah dulu. mempunyai cikgu2 yang baik, akak kerani yang comel, pak cik tukang kebun yang budiman dan mak cik cleaner yang baik hati.

dan seperti kata pepatah, kancil sering melupakan jerat tetapi jerat xpernah melupakan mangsanya..haha.ade kena mengena ke?ntah la. tapi aku bangga berkat ilmu yang diajar oleh semua cikgu-cikgu aku membolehkan aku berada sehingga di tahap sekarang..


ni la dia tecer Low Shuey Tyng cikgu feveret
aku kat BRASS dulu


memo::entry ini ditujukan khas kepada semua guru2 di malaysia termasuk my lovely mother, cikgu noriah binti mohd nor. ;))


4 comments:

IeysHa said...

teacher..!!!i miss u too..
walaupown teacher ajar sye time klas tambahn fizik jer,sye tetap rase yg teacher adalah sowg teacher yg lemah lembut dan baek...x penah marah..x macam ape yg abg amar kterkan...hehehehe..
btw,thanks abg amar..coz terbitkan post bergune nih..smoge jdik pengajaran kepada pelajar2 yg berperangai cam abg dlu untuk berubah...

amaraizat said...

shahidah::ingatlah, walau siapa pon kita, sejarahnya bermula dari seorang guru

Anonymous said...

hahaha...dy xajar kte pon...yg kte cikgu nazala....tp misz kat dowg sumer..

taanjewanje said...

Amar, ko kne ingt kate2 azimat cikgu like cikgu kauseling, "pelanduk selalu lpekan jerat, tetapi jerat tidak pernah lpekan pelandok", bab kate cikgu math "amar, terangkan balik ape yg saya buat kat papan hitam nie",bab kate cikgu bio, "amar amikan barang dlm kereta saya", bab kate cikgu sejarah, "saya cabar awak semua lulus dalam sbjek saya", bab kate cikgu p.jasmani" kepalehotak ko!" Dan last skali bab kate cikgu bm," kite bhenti kejab tgok ambulans tue, lpas tue sambung blaja blik". Kate2 ini la yg membuat kite berdiri di mane sekarang.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...