23 August 2010

aku dan diriku

agak berhabuk dan berdebu juga la blog ni setelah lebih kurang setahun aku xupdate.dan dengan wajah baru serta mood yang baru, kita ubah cara pemikiran dan tanggapan org lain terhadap kita. walau di mana pun kita berada, kita tetap sama

berkongsi udara yang sama

berkongsi matahari yang sama

berkongsi bumi yang sama

***************************************************
mukadimah tamat


well, kata org tak kenal maka tak cinta.so sebelum aku post lebih byk entry better kowang kenal aku ngan lebih dekat lagi la

nama ku diberi oleh encik ayah dan puan ibu.ramai org cakap nama ni sedap.eheh.mmg betul kot. MUHAMMAD AMAR AIZAT BIN ABDULLAH.kan? sedap mulut menyebut.sejuk perut ibu2 mengandung kalo nak letak nama ni.

macam mana nk explain pasal diri aku eh??ok, mcm ni la.kembali kepada dulu2..kalo kowang ingat lagi time kita budak2 dulu.ada org nak bkenalan dengan kita.dulu mana ad fesbuk nak add2 ni kan.jadi kita akan berkenalan la dengan sipolan bin sipolan tu via biodata..haha.apa itu biodata?tipu la kalo kowang yg lahir akhir 1980an xtau pasal.

mtme akhir tahun setiap kali nak naik darjah mesti kawan2 suh tulis biodata dalam buku comel kecik diorg. Nak2 masa darjah 6, sume budak bakal meningkalkan sekolah. Aku tak terlepas dari menulis. Biasalah aku agak comel dan dikenali ramai time tu. Setiap murid mesti memdambakan biodata aku. Kalau budak2 lelaki yang suruh tulis, aku buat simple2 je. Pakai pen pon satu kaler je, kadang2 biru, kadang2 hitam, kadang2 pakai pensel 2B je. Tapi kalau budak pompuan suruh tulis, jangan harap la aku nk gune pensel 2B, aku mesti gune pen kaler2 punya, paling cikai pon kene gune pen dakwat emas dan silver, baru ar aku nampak gagah di mata diorg.


Nama : Muhammad Amar Aizat bin Abdullah

Nama Gelaran : Amar @ Aaron Aziz (ini tipu ok!)

Tarikh Lahir : 26
Januari 1989

Tempat Lahir : Atas Tilam Kat Lantai Wad Bersalin Hospital Besar Melaka.


Umur : 12 tahun (umur masa darjah 6)

Masakan Kegemaran : Nasi Ayam (Ayam Bahagian Kepak), KFC & Nasi Goreng Ayam.


Minuman Kegemaran : Milo Ais

Kawan Baik : Fairuz dan Faizal

Musuh : Syaitan Yang Direjam


Kekasih : Rahsia.

Hobi : Main Bola Sepak & Lari Laju-laju

Cita-cita : Askar, Polis dan Sainstist.


Motto : Utamakan Perkara Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Daripada Perkara Yang Kurang Penting.

Ucapan : Semoga Berjaya Dalam UPSR. Semoga Terus Ceria. Kawan Biarlah Seribu, Kekasih Biarlah Satu. Dah Masuk Skolah Asrama Nanti Jangan Lupe Aku.



p/s : nanti tulis kat buku aku pulak.




Budak2 skarang mesti tak dapat merasa nikmat menulis biodata. Sume details dah ada kat facebook. Gile kesian budak2 skarang.

maka dengan ini, harap kowang dah kenal la sape empunya blog ni..tak payah la nak explain panjang2.nanti kowang pon cepat bosan kan

oky, jumpa kat next post ya..aku nak study TITAS ni.daaaa


pada yang xkenal, ini lah buku biodata tu
sumber::encik google




note::selamat berkenalan

2 comments:

amaraizat said...

hahha.nak aktif balik.
tapi entry yg best2 la
idea2.haha

wan or sean said...

Utamakan Perkara Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Daripada Perkara Yang Kurang Penting.

betol2...
benda yg lebih penting perlu diutamakan
contohnya
solat n yang berkaitan ngn perintah ALLAH..
2 yg penting..
wah buku ..diari ko k??
selamat berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...