14 February 2011

kami rindukanmu, Ya Rasulullah



Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah 
tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...

Baginda datang dengan tersenyum 
dan muka bersih di muka pintu rumah kita,

Apa yang akan kita lakukan ? 
Mestinya kita akan sangat berbahagia, 
memeluk Baginda erat-erat dan 
lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta 
dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi

menginap beberapa hari di rumah kita.


Baginda tentu tersenyum...

Tapi mungkin kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di depan pintu 
kerana kita teringat Video CD rated 18xxx 
yang ada di ruang tamu dan kita tergesa-gesa 
memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum...

Atau mungkin kita teringat 
akan lukisan wanita setengah telanjang 
yang kita pasang di ruang tamu kita, 
sehingga kita terpaksa juga memindahkannya

ke belakang secara tergesa-gesa.


Mungkin kita akan memindahkan lafaz Allah dan

Muhammad yang ada di ruang tersorok 
dan kita meletakkannya di ruang tamu. 
Baginda tentu tersenyum...


Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia
menginap di rumah kita?
Mungkin kita teringat bahawa anak atau ahli keluarga 
kita lebih hafal lagu-lagu barat seperti Lady Gaga

daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.
Mungkin kita menjadi malu bahawa keluarga kita

tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW 
kerana kita lupa dan lalai untuk mengingatkan mereka.


Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu bahawa anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah 
dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai

anggota Power Rangers atau Power Puff Girl.

Mungkin kita terpaksa harus menukar 
satu bilik menjadi ruang Solat.
Mungkin kita teringat bahawa perempuan di rumah

kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai 
untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum..

Belum lagi koleksi buku-buku kita.
Belum lagi koleksi DVD kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita.
Kemana kita harus menyorokkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita?
Mungkin kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahawa kita tidak pernah ke masjid
untuk berjemaah sesudah azan berkumandang

Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu kerana 
pada waktu Maghrib keluarga kita sibuk di depan TV. 
Mungkin kita menjadi malu kerana kita menghabiskan

hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Mungkin kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Mungkin kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al-Qur’an.
Mungkin kita menjadi malu bahawa kita tidak
mengenal jiran tetangga dan saudara seIslam kita.


Baginda tentu tersenyum...

Mungkin kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah 
yang setiap hari bekerja di depan rumah kita.

Mungkin kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan alamat 
tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum Baginda masih ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah kita sekarang...
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan mempersilakan Baginda masuk 
dan menginap di rumah kita? 
Ataukah akhirnya dengan berat hati, 
kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah 
kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.

Maafkan kami ya Rasulullah...

Masihkah Baginda tersenyum? 
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...

Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini 
dimata Rasulullah SAW..


SEKIAN.
SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

klik untuk tumbesaran berganda

note::marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW tanda kasih dan sayangnya kita kepada Baginda


2 comments:

aliaa farhana said...

salam maulidur rasul kamu...=)

amaraizat said...

aliaa::thanx! salam maulidur rasul to u too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...