12 February 2011

email CNY dari PM Malaysia



Aku sendiri tak sangka menerima email ucapan sambutan Tahun Baru Cina dari Dato’ Sri Najib Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia. Sebelum itu aku pernah tengok berita kat TV3 mengatakan PM kita ada bg email kat sejuta rakyat bertuah dan aku terbaca ada satu entri sahabat blog mengenai kejutan menerima email ucapan sambutan Tahun Baru Cina dari Dato’ Sri Najib dan aku tidak sangka yang aku antara rakyat Malaysia yang bertuah.


Aku ingin mengambil kesempatan untuk membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada bangsa Tiong Hua. Arnab mewakili Zodiak sempena Tahun Baru Cina tahun 2011



klik untuk tumbesaran

Aku sebenarnya heran bagaimana e-mail aku boleh tersenarai didalam ucapan perayaan Dato’ Sri pada hal aku tidak pernah mengunjungi laman web, Facebook dan Twitter yang berkaitan dengan Dato’ Sri.

Kalau dulu Allahyarham Tun Razak mendekatkan diri kepada rakyat dengan turun sendiri sehingga ke akar umbi engan mendamping dan mendengar masalah rakyat secara terus. Nampaknya amalan ini terus diamalkan oleh legasi Dato’ Sri Najib Razak PM kita sesuai dengan peredaran zaman dengan mengunakan kemudahan pendekatan media teknologi memudahkan rakyat Malaysia dapat didampingi melalui blog, Facebook dan Twitter.

Entri ni agak ketinggalan zaman kerana aku baru tergerak hati nak bukak email. Sebab aku ni jarang-jarang bukak ym

note::hepy CNY to all



2 comments:

akubiomed said...

Saya pun dapat email dari PM juga mengenai sambutan Tahun Baru CIna tapi tidak tahu dari mana e-mail address saya di perolehi

amaraizat said...

akubiomed::takpe. tu sume tak penting. janji kita hidup kat bumi malaysia ni dengan aman dan damai. ye tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...