22 March 2012

dari kerusi roda itu, dia mampu menggoncang dunia untuk kemerdekaan Palestin

tahu tak siapa beliau?

hari ini saya nak berkongsi tentang seorang tokoh kontemporari iaitu As- Syahid Syeikh Ahmad Yassin 1938-2004.

sebenarnya saya pun tidak seberapa kenal dgn siapa beliau sebelum ini. kenapa ramai sangat orang kagum dgn beliau? Tapi alhamdulillah, saya telah membaca satu journal yang menceritakan sedikit latar belakang beliau sehingga bagaimana beliau menemui ajal.

walaupun beliau lumpuh, cacat anggota, berkerusi roda dan sudah tua namun tak menjadi penghalang kepadanya untuk bergerak sebagai aktivis perjuangan Islam dan jihad menghadapi penjajah yahudi laknatullah. hatinya tegar, jiwanya besar. Allahuakhbar.

keluar masuk penjara sudah menjadi kebiasaan baginya baik penjara regim Sekular Palestin, PLO (Yaser Arafat) – sekarang "Fatah" atau "penjara Israel".



sebahagian besar hidupnya dihabiskan di atas kerusi roda yg ditolak oleh pembantunya. seksaan di penjara Israel menyebabkan ia bukan hanya terus lumpuh, namun bertambah derita lain seperti pandangan mata kirinya yang kabur dan telinga yang tak dapat mendengar lagi dengan baik. ditambah dengan penyakit jantung serta gangguan pencernaan.

siksaan berterusan membuatkan fizikalnya menjadi semakin lemah. namun, fizikalnya yang rosak bukan penghalang baginya utk teguh menasihati, membangkitkan semangat ummah  dan  para pejuang palestin sehingga ianya menjadi mimpi ngeri bagi israel. setiap patah kata-katanya diterima pakai dan dilaksanakan.

tahun 1983, beliau dipenjarakan lagi atas dakwaan menubuhkan kumpulan rahsia ‘Tanzhim ‘Askari’  dan  memprovokasi massa agar menyahkan israel dari muka bumi. mahkamah tentera Zionis menghukumnya dgn penjara selama 13 tahun. tidak sampai tempoh itu, beliau dibebaskan.


tahun 1987, "Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah" (Hamas) ditubuhkan sebagai sayap Ikhwan Muslimin Palestin. Sheikh Ahmad Yasin diangkat menjadi amir pertama. 
hamas gerakan jihad dengan meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. namun, mereka tetap menjaga hubungan dgn gerakan kemerdekaan Palestin yg lain seperti PLO yg agak berhaluan sekular. tanggal 09 Dis 1987, Intifadhah besar²an Palestin kali pertama dibangkitkan.

***************************************

sedih dengar cara kematian beliau. jahatnya yahudi laknatullah tak sanggup nak tengok gambar beliau dibedil di kepala seusai solat subuh. 



melihat gambar ini sahaja begitu meruntun hati kita








dan ini lagi. masyaAllah begitu kejam kamu YAHUDI LAKNATULLAH

bayangkan sahaja mayat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin dikutip satu persatu memandang berterabur selepas ditembak 3 peluru sekaligus. saya tak dapat bayangkan..



kalau kita yang tidak berada ditempat kejadian sedih, inikan pula mereka berjuang bersama dgn beliau yang melihat depan mata peluru menghancur-beraikan otaknya. 

Allahurabbi. Lihatlah bagaimana keadaan beliau... 



**********************************************

detik-detik akhirnya tiba jua. saat selesai menunaikan solat Subuh tanggal 22 MAC 2004, sejurus melangkah untuk keluar dari masjid, 3 peluru berpandu yg ditembak oleh helikopter Apache tepat mengenai kepala dan tubuhnya. kepalanya hancur... tangannya putus... kerusi roda yang dinaikinya hancur musnah. dagingnya terpaksa dikutip satu persatu dan dimasukkan ke dalam plastik.

isterinya, Hajjah Ummu Muhammad memberitahu bahawa, hari-hari terakhir suaminya sudah dirasai oleh As-Syahid Sheikh Yasin sendiri. 

“saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan  dan memang itulah yg saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia” kata-kata As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin pada anak-anaknya.

pada malam terakhir, beliau beri’tikaf di masjid Majma’ Al-Islamiy dan berniat puasa sunat setelah meminum segelas air putih. kemudian beliau menunaikan solat Subuh.
ancaman bahaya dirasai oleh ahli jama’ah masjid  dan mereka bertindak mengambil tayar-yara serta membakarnya agar asap yang naik nanti akan melindungi pergerakan beliau. namun, Sheikh Ahmad Yasin melarangnya. 

beliau terus keluar dari pintu masjid dan sejurus itu, peluru menghentam beliau dan para pengawalnya termasuk menantunya, Khamis Musytaha. mereka semua gugur syahid.



*******************************************

Hayati setiap bait kata-kata As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin pada kita..


  • Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan, kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. 
  • Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
  • Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
  • Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggungjawab. kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. aku menyeru kalian utk menghadap AllahSWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yg berkat kepada kalian. aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
  • Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta keapda manusia dan dunia serta menggantikannya dengzn kata amal, kerja dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
  • Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. aku meminta kalian berjanji kepada Allah bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yg mulia. jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
  • Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yg sukar.
  • Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah.


".... meskipun mereka membunuh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, maka akan dikeluarkan utk mereka 100 orang As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.. mereka mimpi jika menganggap bahawa pembunuhan akan menghentikan perlawanan.. yang terjadi adalah pembunuhan akan menambah kekuatan kami di atas kekuatan sebelumnya....."

Allahuakhbar, melihat pengorbanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, terasa malu pada diri sendiri. belum layak dan jauh sekali diri ini dikira sebagai mujahid agama. masih banyak lagi tugas yang perlu saya saya kita-kita lakukan.
mari kita usahakan bersama-sama untuk memperbaiki diri dan mengajak sahabat yang lain ke jalan perjuangan Islam ini. 

semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk memperjuangkan dan menegakkan Islam sehingga hela nafas yang terakhir dan janganlah pula Allah campakkan kita menjadi golongan yg tercicir..


syukran jazilan kerana membaca.

Al-Fatihah buat As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

teks dan penceritaan adalah sumber dari: mujahidahwana.blogspot.com

2 comments:

Awie Omar said...

Aku pun tak sampai hati tengok gambar2 tu. Yahudi memang kejam.

Assalamualaikum / selamat sejahtera. Jutaan terima kasih kerana sudi follow blog AWIE OMAR. Saya juga dengan senang hati follow blog saudara yang amat menarik perhatian ini. NEXT TOP BLOGGER musim 1 – segmen terpanas di dalam blog AWIE OMAR sudah sampai ke peringkat final. Akan menyusul selepas itu NEXT TOP BLOGGER musim 2 pula. Niat sebenarnya nak pelawa saudara untuk menyertainya. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan saja di ruang komen entri saudara di sini (saya akan tengok balik) atau komen saja di blog saya.

Saya hormati segala keputusan. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa. Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh saudara selepas 2 hari mesej ini di kirim - saya akan anggap saudara tidak mahu menyertainya. Apapun terima kasih kerana sudi habiskan baca pesanan ini.

Jika ingin tahu maklumat lanjut tentang segmen ini, saudara boleh tengok segmen : NEXT TOP BLOGGER di dalam blog AWIE OMAR.
http://awieomar.blogspot.com/2012/03/next-top-blogger-1-episod-13.html

Anonymous said...

mohon izin copy :) thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...