11 July 2011

silap guwa pegi lunch sensorang

Tadi guwa pegi lunch sensorang. Selalu kalau guwa keje kat opis, guwa akan cuba balik rumah untuk makan. Tapi hari ni perut guwa sangat mengada-ngada. Dia nak makan kat kedai belakang opis guwa. Mungkin perut guwa bosan, asyik makan di tempat yang sama, makanan yang sama. Hari ni nak cuba masakan lain pulak.

(Perangai perut ini juga antara sebab guwa bergaduh dengan Lisa Surihani masa kolej dulu. Masa tu, hari-hari Lisa Surihani bawakan guwa bekal nasi goreng sotong. Tapi itu cerita lama. Guwa malas nak ungkit. Dia dah ada Yusri kan.)

Setelah sampai di tempat makan, guwa order. Kemudian guwa cari tempat duduk yang sesuai. Makan sorang-sorang ni, tempat duduk memainkan peranan penting juga supaya korang tak kelihatan seperti seorang forever-alone. Macam liverpool cakap, u never walk alone.


Nak dijadikan cerita,

semasa guwa sedang makan, guwa perasan ada seorang awek kat kaunter kedai makan ni cuma berdiri di satu sudut meja dan melihat sekeliling. Pertama kali guwa jumpa awek kaunter kedai yang tugasnya cuma memerhati orang sedang makan. Best job in the world, ye tak?

Walaupun guwa muka legend, tapi perlu diingatkan di sini bahawa muka legend itu sendiri tak suka orang tengok dia sedang makan. Sebab guwa ada perasaan tersipu-sipu malu. Kang tak memasal guwa tercekik straw pulak. Awek kaunter tak berenti memandang guwa lagi.

Bagi mengelakkan guwa mengamuk hanya kerana rasa tidak selesa, guwa makan cepat-cepat, kemudian segera ke sinki untuk membasuh tangan. Guwa tak rela di dipandang lama-lama begini. Tak rela taw. Guwa rasa awek tu mesti nak usha guwa.


[ , ]


Selesai basuh tangan, guwa terus pegi kat kaunter. Tenung awek tu lama-lama. Macam mana dia tenung guwa tadi, macam tu guwa tenung dia balik. Dengan harapan awek tu akan jatuh hati kat guwa. Guwa pon mintak dia kira. 

"Semuanya RM6.80, bang."

Guwa dengan konpiden nye mengeluarkan duit. 

Alamak! Macam mana guwa boleh tak perasan yang guwa ade sekeping RM5 kat dompet ni. Aduh!

Guwa tak tau nak tamatkan cite ni macam mana. Sebab guwa punye malu sampai sekarang tak ilang-ilang lagi. Taubat nak pegi kedai tu lagi

lagendaAMARAIZAT::lepas ni kalau pegi makan, biar la berdua, bertiga atau beramai-ramai. kalau korang tak bawak duit, boleh jugak korang pinjam kat geng korang tu.

4 comments:

hawiz said...

hahaah.....lawak2...kih3

Anonymous said...

ngek la amar. hahaha

Norfarahniza said...

hahahaha..
tolonglah cerita pengakhirannya...

hafrawiey ozakawa said...

hahaha.nice entry..follow back

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...