Hari ni aku dapat email dari sorang member kat gmail. So, sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, aku nak share la beberapa info kat korang. Entri ini khas untuk golongan hawa. Tapi kalau kaum adam nak baca pon tak salah. Semoga kita ingat-mengingati sesama manusia.
19 Keistimewaan Seorang Wanita
- Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
- Wanita      yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
 
- Sesiapa      yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang      sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Kita kena ingat, orang yang takutkan      Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
- Wanita      yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah      SAW) di dalam syurga.
 
- Sesiapa      membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada      keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan      bersedekah.      Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa      yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi      Ismail.
 
- Syurga      itu di bawah telapak kaki ibu.
 
- Sesiapa      mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak      perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam      pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta      sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
 
- Apabila      memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu      terlebih dahulu.
 
- Daripada      Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak      perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi      penghalang baginya daripada api neraka.
 
- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan      tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah      dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
- Wanita      yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara,      malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama      mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
 
- Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah,      siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW      “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW,      “Ibunya.”
 
- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan      Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia      dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
- Tiap      perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT      memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000      tahun).
 
- Apabila      seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah      para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan      1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
 
- Apabila      seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT      mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
 
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
- Apabila      telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan      daripada susunya diberi satu kebajikan.
 
- Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara      anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan      70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
 
lagendaAMARAIZAT::entri untuk kaum hawa. kaum adam, tunggu next entri ok.

No comments:
Post a Comment