Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

10 June 2011

tingginya martabat seorang wanita



Hari ni aku dapat email dari sorang member kat gmail. So, sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, aku nak share la beberapa info kat korang. Entri ini khas untuk golongan hawa. Tapi kalau kaum adam nak baca pon tak salah. Semoga kita ingat-mengingati sesama manusia. 


19 Keistimewaan Seorang Wanita

  • Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

  • Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Kita kena ingat, orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

  • Sesiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan      bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

  • Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  • Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  • Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  • Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

  • Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

lagendaAMARAIZAT::entri untuk kaum hawa. kaum adam, tunggu next entri ok.

07 October 2010

hero gadis-gadis

Sebagai lelaki anda mesti mempunyai sifat ingin mengurat dan di urat oleh gadis-gadis cantik. Kalau zaman aku kat poli dulu maxis ada buat promotion yang orang dok panggil Super Savers, sudah pasti waktu itu menjadi waktu kemuncak bagi kapel-kapel miskin yang kedekut duit nak topup calling awek..

Pun begitu perempuan sekarang lebih advanced dari lelaki, kalau p mahkota parade (kat Melaka) budak-budak yang baru nak naik remaja atau mentah atau berhingus itu menegur kita yang loser ini dulu..emm nmpak sangat diorang lebih sangap dari kita..

Mesti setiap lelaki ni ada pengalaman diberi nombor tepon oleh kawan-kawan laki (yang jambu) lain yang ada banyak kawan perempuan..Disini aku akan mengelist beberapa respon gadis bila kita msj mereka.


Respon 1

Lelaki : hai leh kenalan x?

Gadis : sape ni??

Jawapan ni biasanya diberi oleh gadis yg sudah muak dingorat oleh laki2 sebelum ni, kira kita bukan yg pertama la msj nk kenalan dgn dia..biasanya gadis ini agak cantik la dan skit2 sombong..peluang nak dapat gadis itu lebih kurang 25% je...

Respon 2

Lelaki : hai leh kenalan x?

Gadis : awak ni sape..?

Ayat ini agak beradab dari ayat gadis pertama tadi.Mungkin gadis ini single or sunyi or masa dia terluang..biasanya peluang nak dapat dia dlm 85% la.Rupa paras mybe lawa mybe tak...

Respon 3

Lelaki : hai leh kenalan x?

Gadis : nice to meet u bebeh...

Ni rakus punya jawapan, menunjukkan tahap sosial dia ditahap gaban..kalau anda seorang yang open maka bleh teruskan ngorat dia..

Respon 4

Lelaki : hai leh kenalan x?

Gadis : salam...nama saya siti rosa...

Anda dinasihatkan untuk mengeoff henset anda atau tukar no phone terus kalau tidak anda akan menyesal nanti seperti beberapa kawan-kawan aku yang lain..amat berisiko kalau bermesej dgn dia..peluang nk dapat gadis ini 300%...cash and carry...



sekian untuk hari ini. salam hormat


note::zaman sekarang taktik ni dah lapuk. berkenalan guna fesbuk terus la


27 September 2010

bila perempuan-perempuan berperangai pelik

Jepun & China dalam apa-apa perkara pon dalam dunia ni semua dia lebih advanced dan maju dari negara lain. Kenderaan, Gadjet, Game, Fashion, Technologi dan apa-apa sahaja la semua diorang dominasi. Respek dan suspek gila kat kepala  otak diorang ni. Ntah ape diorang makan agaknya. Banyak makan ba alif ba ya kot!! Hahaha..





Hoho.. sungguh kotor pic kat atas ni.. Siapa tengah makan tu, pergi le abiskan dulu.. Ermm.. Tengok pic kat atas ni apa agaknya yang korang fikirkan? confirm dah leh terlintas pikiran korang kan? Orang jepun ni memang dah terlalu advanced. Sampai dah mencipta satu alat yang membolehkan wanita kencing berdiri. Ni kes nak ajar orang buat benda bukan-bukan le ni. Tapi bagi aku, walaupun tak pasti sangat kaum wanita suka atau tidak benda ni, benda ni agak memudahkan juga untuk kaum wanita melakukan proses perkumuhan (macam belajar sains darjah 4 daaa).. Seperti yang kita biasa lihat, kalau kat tandas awam la, minta maap cakap, ade pencuci jamban pun, macam takde jer!!
Tak ramai dari kita yang bila nak buang air, sanggup duduk kat atas toilet bowl tu.. Kalau tandas lelaki tak payah cakap la, buang air kecik atau besar, tak pernahnya masuk lubang. Semuanya kat luar!! Chait!! Tapi ingat ye, bahaya kalau kita menyangkung kat atas toilet bowl tu. Sebab menda alah tu tak boleh menampung berat badan kita keseluruhannya. Ada satu kes sampai terbelah peha seorang wanita tu. Mesti korang pernah nengoknya gambar tu kan? So dengan adanya alat ini, mungkin kemalangan tu tak mungkin akan berulang lagi especially untuk wanita. Yang lelaki ade kelebihan semula jadi dah.. Hehe.

gambar alat untuk kencing berdiri


dan dekat bawah ni pulak adalah gambar perempuan-perempuan dan wanita-wanita yang dah berjaya kencing berdiri menggunakan alat ini.hehe sungguh tak boleh belah lah. kerana kelakar. cuba tengok gambar sekali, dan jangan bayangkan. hahah







note::apepun wanita kencing berdiri memang suatu perkara yang amat memalukan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...