06 May 2011

si dia berbaju kuning

Ini cerita minggu lepas. Time final exam.

Aku sampai dewan exam, terhegeh-hegeh cari tempat duduk nombor 225.

Aku tengok sebelah aku, ada awek freehair pakai baju dress kuning la...

Asek-asek, awek freehair pakai baju dress kuning mintak kertas extra. Banyak betul jawapan dia.

Awek freehair pakai baju dress kuning tulis guna tangan kiri. Oh, kidal rupenye.

Awek freehair pakai baju dress kuning batuk-batuk. Sakit tekak kot. Kecian aww. Tite ase macam nak bagi die ubat je awww.hahha

Awek freehair pakai baju dress kuning ada tahi lalat dekat hidung. Kecik je.

Pengawas peperiksaan pegang mic. Masa tinggal lima belas minit. Pelajar tidak dibenarkan keluar dewan sehingga tamat peperiksaan

Dan betul-betul dekat bawah bibir pun ada tahi lalat. Suweeet la!

Aku rasa, awek freehair pakai baju dress kuning budak meky. Ataupun pembuatan.

Aku belek-belek kertas jawapan.

Masa tamat. Semua kertas jawapan dikumpul. Pelajar bersurai.

Aku bangun dari kerusi. Keluar dewan. 

Jumpa lagi dengan awek freehair pakai baju dress kuning . Dekat pintu nak keluar dewan. 

Sambil keluar tu, die korek idung. 

Guna jari tangan kanan pulak tu! Cis!

Perangai! 
REJECT!

GAMBAR IHSAN PAKCIK GOOGLE
(mana sempat nak amik gambau awek tu)

lagendaAMARAIZAT::baru nak bawak jumpa puan ibu taw.hahha. joke!

2 comments:

Nazatul Asyikin said...

hahaha,dont't judge the book by it's cover ! ta sangka kann. haha!

misz farahniza said...

hahahaha..
buruk bebenor prangainye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...