25 June 2011

sebab kenapa guwa malas nak tengok tb



Seperti yang korang perasan la, kat tb kat umah kita tu dihujani dengan pelbagai rancangan realiti macam Akademi Fantasia, Bintang RTM, Mentor, MyStar LG, Gangstarz, One In A Million, Malaysian Idol, Sehati Berdansa, Mari Menari, So You Think You Can Dance, dan macam-macam lagi la. Ye tak?

Rancangan realiti lain seperti Maharaja Lawak, Imam Muda, guwa tak ada masalah. Sebab bagi guwa yang ni lain dari yang lain. Membina prospek kerjaya dowang dan memeriahkan lagi arena sesuatu bidang. Tapi rancangan realiti yang melalak terjoget-joget ni, guwa tak berapa berkenan. Buat kata jiran sebelah umah guwa, "Cilake! Suara tak sedap pon kau nak masuk ke?" Lebih-lebih lagi bila setiap stesen TV nak ada rancangan realiti sendiri. Lepas tu bersambung-sambung pula sampai ke musim 9. Ni yang guwa menyirap. Walaupun guwa tak tengok, tapi guwa sakit hati kalau orang lain tengok. huh

Suka menyanyi sangat ke orang Melayu ni? Gua tengok Jangan Lupa Lirik tu, tak pernah pon ada orang dapat RM1 juta. Takat dua tiga ratus ribu je. Budak tu elok-elok belajar, bila dapat offer masuk pertandingan nyanyian, terus berhenti belajar. Kemudian tersingkir minggu kedua. Lepas tu nak buat apa dah? Dah berenti belajar tadi. Baru la sibuk nak buat MLM la ape la.

Bagi guwa, boleh je nak buat cite-cite gini. Takkan nak buat berita 24jam pulak kan. Tapi agak-agak la. Kena ada limit. Tak perlu nak cungkil sangat melalui rancangan realiti. Guwa tengok tak ke mana pon dowang tu. Paling-paling pon yang juara tu yang perform. Tu pon nasib die baik je. Kalau nasib tak baik, lingkup jugak. Kita kan ada akademi seni sendiri seperti ASWARA. Itu belum kira lagi dengan budak-budak fakulti seni dekat uitm.

Bila lagi diorang nak sambung rancangan-rancangan permainan yang berfaedah seperti Who Wants To Be A Millionaire? Teksi Tunai? Roda Impian? Bukan saja kita dapat tengok orang menang duit sambil menimba ilmu, kadang kala kita sendiri rasa teruja nak menjawab soalan-soalan yang ada dalam rancangan-rancangan sebegini. Seronok jugak, kan? Tak perlu nak terjerit-jerit sokong peserta bawa poster segala.

Dah, malas nak cakap banyak lagi. Guwa nak layan Akademi Fantasia sekejap. Chow!

lagendaAMARAIZAT::guwa dengar cite sekarang nak buat rancangan bilal wanita. ala-ala imam muda jugak. betul ke?

10 June 2011

tingginya martabat seorang wanita



Hari ni aku dapat email dari sorang member kat gmail. So, sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ni, aku nak share la beberapa info kat korang. Entri ini khas untuk golongan hawa. Tapi kalau kaum adam nak baca pon tak salah. Semoga kita ingat-mengingati sesama manusia. 


19 Keistimewaan Seorang Wanita

  • Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

  • Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Kita kena ingat, orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

  • Sesiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan      bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

  • Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  • Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  • Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  • Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

  • Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  • Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

lagendaAMARAIZAT::entri untuk kaum hawa. kaum adam, tunggu next entri ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...