25 June 2011

sebab kenapa guwa malas nak tengok tb



Seperti yang korang perasan la, kat tb kat umah kita tu dihujani dengan pelbagai rancangan realiti macam Akademi Fantasia, Bintang RTM, Mentor, MyStar LG, Gangstarz, One In A Million, Malaysian Idol, Sehati Berdansa, Mari Menari, So You Think You Can Dance, dan macam-macam lagi la. Ye tak?

Rancangan realiti lain seperti Maharaja Lawak, Imam Muda, guwa tak ada masalah. Sebab bagi guwa yang ni lain dari yang lain. Membina prospek kerjaya dowang dan memeriahkan lagi arena sesuatu bidang. Tapi rancangan realiti yang melalak terjoget-joget ni, guwa tak berapa berkenan. Buat kata jiran sebelah umah guwa, "Cilake! Suara tak sedap pon kau nak masuk ke?" Lebih-lebih lagi bila setiap stesen TV nak ada rancangan realiti sendiri. Lepas tu bersambung-sambung pula sampai ke musim 9. Ni yang guwa menyirap. Walaupun guwa tak tengok, tapi guwa sakit hati kalau orang lain tengok. huh

Suka menyanyi sangat ke orang Melayu ni? Gua tengok Jangan Lupa Lirik tu, tak pernah pon ada orang dapat RM1 juta. Takat dua tiga ratus ribu je. Budak tu elok-elok belajar, bila dapat offer masuk pertandingan nyanyian, terus berhenti belajar. Kemudian tersingkir minggu kedua. Lepas tu nak buat apa dah? Dah berenti belajar tadi. Baru la sibuk nak buat MLM la ape la.

Bagi guwa, boleh je nak buat cite-cite gini. Takkan nak buat berita 24jam pulak kan. Tapi agak-agak la. Kena ada limit. Tak perlu nak cungkil sangat melalui rancangan realiti. Guwa tengok tak ke mana pon dowang tu. Paling-paling pon yang juara tu yang perform. Tu pon nasib die baik je. Kalau nasib tak baik, lingkup jugak. Kita kan ada akademi seni sendiri seperti ASWARA. Itu belum kira lagi dengan budak-budak fakulti seni dekat uitm.

Bila lagi diorang nak sambung rancangan-rancangan permainan yang berfaedah seperti Who Wants To Be A Millionaire? Teksi Tunai? Roda Impian? Bukan saja kita dapat tengok orang menang duit sambil menimba ilmu, kadang kala kita sendiri rasa teruja nak menjawab soalan-soalan yang ada dalam rancangan-rancangan sebegini. Seronok jugak, kan? Tak perlu nak terjerit-jerit sokong peserta bawa poster segala.

Dah, malas nak cakap banyak lagi. Guwa nak layan Akademi Fantasia sekejap. Chow!

lagendaAMARAIZAT::guwa dengar cite sekarang nak buat rancangan bilal wanita. ala-ala imam muda jugak. betul ke?

1 comment:

VivieOtto said...

ceh..akademi fantasia tu buka rancangan reality ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...