11 January 2012

selamat bercuti semester!



alhamdulillah, setinggi rasa syukur kita panjatkan kepada Allah SWT, biarpun kita sering lalai dan lupa, alpa dan lepa, kurang merasai keagungan Allah SWT, kurang merasai kebesaran Allah SWT. Allah SWT tetap ingat kepada kita. terus disalurkan kenikmatan demi kenikmatan. terus digandakan pelbagai kesenangan dan kemewahan. subhanallah.

marilah kita merenung amal dan perbuatan diri kita kembali, melihat segala kekurangan dan kelemahan diri sebagai satu agenda perubahan yang harus dilaksanakan. benar, kita tidak akan sempurna dan akan sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan.tapi, janganlah diulang kesalahan dan kesilapan yang sama. haruslah diusahakan untuk dibaiki dan diperelok. kerana, usaha pembaikan diri itulah bakal dikira Allah SWT sebagai amal jihad kita. jihad melawan kelemahan dan kekurangan diri yang sebenarnya hanyalah dibelenggu nafsu kita semata-mata.

alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan perjalanan kehidupan kita di tahun 2011. dan sekarang kita berada di awal 2012. ia dirasakan begitu singkat dan pantas. seharusnya dilihat dan dikaji kembali apakah amal selama 6 bulan pada semester yang lepas baik dari segi rohani dan jasmani.

sahabat sahabat yang disayangi Allah SWT,

sentiasalah berdoa kepada Allah SWT, memohon petunjuk, selalulah mentadabbur Al-Quran dan kitab kitab hadith yang sohih.

setelah berakhirnya semester ini dan sebelum melangkah ke semester baru, saya berharap agar sahabat semua memanfaatkan cuti yang diberikan ini dengan sewajarnya.

sebagai mahasiswa, kita seharusnya mempunyai perancangan yang terbaik untuk dilakukan bagi mengisi masa lapang. tetapi ingat, sebaik baik perancangan kita, perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik.

semoga di kesempatan cuti ini, ambillah peluang yang ada ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita dan ahli keluarga yang lain. maklumlah kita banyak menghabiskan masa di kolej dan jarang-jarang kita dapat pulang ke kampung, justeru masa yang diberikan ini haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya, insyallah. 

sepanjang cuti ini isikannya dengan aktiviti bermanfaat seperti melawat sanak-saudara, sahabat sahabat sekolah menengah dan rendah dahulu, atau mungkin kalian boleh bekerja sambilan di mana-mana restoran makanan segera, kedai buku, stesen minyak, kedai basuh kereta dan sebagainya, sekurang-kurangnya terisi juga masa lapang kita sewaktu cuti ni kan. 

satu lagi jaga keselamatan kalian sepanjang cuti ni terutama kepada sahabat sahabat dari kaum hawa. jangan keluar secara bersendirian ke mana-mana pada bila waktu sekalipun. seeloknya keluar bertiga supaya keselamatan kalian lebih terjamin. 



selamat bercuti!

wassalam



2 comments:

hawiz said...

syoknyer cuti!

Cik Rose Cute said...

Selamat Bercuti...Datang jenguk dan follow..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...