28 September 2010

persiapan rombongan MERISIK untuk aku






Bila kawan korang tiba-tiba:

1. Ajak makan free, dia belanja;
2. Ajak lepak minum dan berjumpa dengan kawan-kawan dia;
3. Ajak jalan-jalan ke tempat yang bila kowang tanya 'kat mana?' tapi dia tak nak jawab;


Aku nak nasihatkan, baik korang naik kenderaan sendiri. Tak ada kenderaan sendiri, pinjam je basikal anak saudara korang. Janji korang tak naik kenderaan dia. Dah naik kenderaan sendiri tu, jangan pulak gatal-gatal nak tumpangkan kawan-kawan dia. Tak kira lah kawan dia tu makwe seksi pakai baju nampak body ke, pelakon cerita Kisah Makcik Sally Yang Berduka ke, bekas ratu cantik Uganda ke, korang jangan nak tunjuk hero, nak tumpangkan diorang pulak.

Kenapa? Supaya senang korang nak lari, kalau kawan korang tu tiba-tiba keluarkan ayat serba-salah begini:


- Inilah bisnes aku.


- Tu lah upline aku. Jangan pandang dia sebelah mata tau. Dia ada tanah kat Marikh.


- Ko nak jadi kaya macam si polan- si polan ni tak?


- Biar aku kenalkan kau dengan satu bisnes ni. Ramai orang dah join, rugi kalau ko tak join.


- Melayu kena tolong Melayu. Ni aku nak tolong kau lah ni.


- Duit kau ada berapa dalam bank?


- Kau kerja apa sekarang ni? Berapa sangat kau boleh dapat dengan kerja makan gaji tu?


- Tak ada duit modal? Sini aku ajar nak cari duit modal.


- Kalau nak kaya, kena berusaha sikit. Malu tu tolak tepi lah.


Bangkai! Cuai sangat aku masa tu. Iye lah, bila tiba-tiba ada member nak belanja dinner masa aku tak ada duit, takkan aku nak tolak? Nasib baik lah lepas aku dah dapat bau yang aku akan kena dengar ceramah pasal MLM ni, tiba-tiba je 'kawan' aku telefon, kata 'kereta dia rosak'. Boleh jugak aku 'tolong tengok-tengokkan'. Terima kasih bijaksana.

Jadi kepada kawan-kawan aku yang rasa nak lama berkawan dengan aku, tolong. Tolong jangan pernah buat macam tu kat aku lagi. Hati aku ni halus, cepat touching dengan benda-benda macam ni. Kalau aku merajuk nanti, jenuh jugak nak kena pujuk ni. Paling-paling, kena belanja aku air kelapa sama nasi goreng, baru gua boleh lupakan.








Perlu dinyatakan di sini, yang aku TIDAK BERMINAT dengan sebarang jenis Multi Level Marketing, sistem piramid, upline downline ni semua. Nanti kalau family aku tau, segala dana bantuan yang dihulurkan kepada aku mungkin disekat kalau aku join benda-benda mengarut macam ni.

Dapat???

Aku mungkin rugi, aku mungkin miskin, aku mungkin sombong, aku mungkin bodoh. Tapi aku selesa hidup macam ni. Kau berniaga, aku tumpang gembira. Tapi kalau punca rezeki itu kau dapat dengan menindas orang lain, aku tolak. Bakal keturunan aku tak akan makan sedikit pun hasil rezeki itu.






note::sila lupakan tajuk diatas..tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. sekian


27 September 2010

bayangkan bila binatang ada FACEBOOK









agaknya macam ni la status yang akan dowang UPDATE


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?



note::So.. amacam? Nak post status ngarut2 lagik?? Ada lagik yg mngarut pnya status..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...