pagi tadi, lepas semayang subuh guwa tertarik pada satu email yang diforwardkan oleh seorang sahabat. nota atau sebuah luahan perasaan daripada seorang hamba Allah mengenai BERSIH 3.0 yang boleh guwa simpulkan sebagai satu yang bernas.
guwa tak terpikir untuk ulas panjang tentang apa yang diperkatakan. cuma guwa mohon angpa semua baca dan fikirkan. apa yang tersirat disebalik yang tersurat.
email yang guwa terima:
Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0
Bismillahirrahmanirrahim..
jadi sebenarnya di mana kita sekarang? betul juga kata orang, kadang-kadang matlamat tidak menghalalkan cara. dan perkara yang salah itu walau disorok sedalam manapun tetap akan salah.
Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian?
Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.
Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.
Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).
Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya
Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?
1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus?
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam?
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna?
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan?
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab?
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama?
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga?
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam?
Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?
Saya tak menyokong mana2 pihak.. Saya harap masing2 dpt ambil ikhtibar..
InsyaAllah, moga2 Allah merahmati kita semua. Kalau kalian siarkan tentang nota ini, saya harap kalian rahsiakn identiti saya k..
Apa yg baik dtg dri Allah.. yg buruk dtg dri kelemahan dan ke khilafan diri saya sendiri..
mari ubah diri kita dahulu. sebelum kita mengajak orang lain berubah.
No comments:
Post a Comment