jumaat. bukan sembarangan hari. penghulu segala hari. sedikit ingatan mengenai hari jumaat buat kita semua. saya dapat artikel ni dalam sebuah jurnal.
1. berlakunya
hari kiamat.
jumaat merupakan hari yang
selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. dalam suatu hadis riwayat
Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa,
“pada hari jumaat juga kiamat akan
berlaku. pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada
Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. nabi Adam
diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
hari jumaat memang istimewa.
hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada
syurga. daripada Abu Hurairah
katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“sebaik-baik hari yang terbit
matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari
itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. penghulu
segala hari.
jumaat ini adalah hari yang
sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan jumaat itu
ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
dalam suatu hadis Rasulullah
SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“jumaat dinamakan sebagai
‘sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. selamat dari
fitnah kubur bagi yang mati pada hari jumaat.
menurut Nabi SAW, “tidak
seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau pun malam jumaat, melainkan
diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” jadi, sama-samalah kita
berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan
kelebihan oleh Allah ini.
5. kebaikan
dengan memotong kuku.
peliharalah kebersihan anda.
Ibnu Masud berkata, “sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan
menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. makbulnya doa
di antara dua khutbah.
banyak ulamak yang
berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu
ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. ini berdasarkan hadis
daripada Abu Hurairah yang bermaksud,
“pada hari jumaat ada satu saat yang
bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia
berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” dan Rasulullah menunjukkan isyarat
tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa
al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar
r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga
solat selesai didirikan.
wallahualam.
segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelamahan diri saya sendiri.
p/s: jangan lupa pi semayang jumaat jap lagi. toksah ngengade nak nyamar jadi budak nam tahun.
No comments:
Post a Comment