ada satu benda guwa nak cerita ni. pasal petang tadi. tapi macam tak patut pun ada. rasa marah, terus menaip. hasilnya, boleh menyakitkan
orang yang membaca.
baik guwa cerita pasal mandarin quiz petang tadi.
masa yang diberi adalah 20 minit. dan dengan bacaan Bismillah, guwa
tatap kertas soalan. guwa tatap betul-betul macam baca surat pajak gadai. lama guwa tenung kertas soalan itu.
guwa capai sebatang pen. oh tak, mungkin pensel lebih bagus. senang sikit nak padam. lagi satu senang sikit kalau jawapan guwa buat tu salah bila tiru member sebelah. dengan ilmu melukis yang diterapkan oleh cikgu pendidikan seni visual dulu, guwa mula melukis seorang budak gemok pakai skirt. ah, seronok pulak. guwa teruskan dengan melukis platipus. lukis beruk.
lepas tu lukis tahik ayam. selak mukasurat sebelah, guwa lukis teddy bear pegang LOVE. agak-agak dah
bosan, guwa rehat sekejap.
tiba-tiba, henpon guwa bergegar. ada 1 mesej. dari nombor yang tidak
dikenali. siapa?
"Hai. Mahu menyaksikan gambar-gambar dan Video panas dari Mary?
Taipkan "ON MARY" dan hantar ke 2xxx8. Untuk 18 tahun ke atas sahaja.
Sila sebarkan."
guwa yang tengah kusut, reply mesej itu.
"hotak mung. guwa tengah jawab kuiz lah, Mary yang bongok!"
tak lama selepas itu, lecturer guwa, Miss Yang mula tengok jam lalu berkata,
"okay, you got 1 minute left"
guwa padam balik semua lukisan tadi. padam kasi bersih. tapi sengaja guwa
tinggalkan LOVE yang bear tadi pegang tu tak terpadam.
p/s: sampai sekarang guwa tunggu MARY reply ajak date. cilakak. suka bagi harapan palsu.
No comments:
Post a Comment