16 May 2012

sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa




hari ini adalah hari guru. hari ini adalah hari yang diraikan untuk semua insan yang bergelar guru. kalau kita congak dan dihitung memang besar jasa semua guru-guru yang mendidik kita di alam persekolahan. walau apa pun yang berlaku, guru tetap bersemangat untuk memberikan ilmu kepada semua anak muridnya. guru atau cikgu memang menjadi lilin kepada kita semua hingga apa yang kita dapat sekarang.

kerana cikgu, kita tahu membaca A B C
kerana cikgu, kita mampu mengira 1 2 3
kerana cikgu, kita boleh menulis
kerana cikgu, kita kenal erti menimba ilmu pengetahuan.
kerana cikgu, kita kenal dengan lebih dalam mengenai Islam.
kerana cikgu, kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
kerana cikgu, kita menjadi apa yang kita kecapi sekarang.
dan kerana cikgu, kita tahu bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

semuanya kerana cikgu. memang tak terbalas dengan apa yang dicurahkan pada kita.  memang kita rindukan semua cikgu-cikgu yang mengajar aku di sekolah. saat-saat yang ingin dinikmati semula jika diizinkan. tapi semua dah berlalu. 






























sememangnya tak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan moral. dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas, vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. semua ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. apatah lagi pelajar masa kini tidak boleh disentuh langsung. silap hari bulan guru boleh disaman oleh ibubapa pelajar.

sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. namun ada jugak pelajar langsung tak menghargainya. seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya cemerlang. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. guru mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. guru sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. 

aku tetap bangga dengan apa yang berlaku pada diri aku sekarang. semuanya hasil didikan cikgu-cikgu atau guru-guru aku di sekolah kebangsaan kerubong dan sekolah menengah kebangsaan bukit rambai. 

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah Ya Allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu.. Ya Muhaimin masukkan guru ini dan guru-guru kami yang sudah kembali kepadamu ke dalam syurgamu atas jasa mereka mendidik kami. Amin. Terima Kasih Cikgu. Selamat Hari Guru.


Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru. walau dimanakan pun kamu berada, aku tetap mengenang jasamu. Insyallah.

Apabila meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya. 
( Imam Muslim)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...