pesanan penaja: entri ni agak panjang. khusus kepada sahabat-sahabat saya, Muslimin dan Muslimah yang betul-betul hendak berkenalan dengan lebih mendalam dengan Pencipta mereka. sekadar perkongsian untuk kita semua.
pernah tak terfikir, saat bila kita mula berkenalan dengan
Allah? kalau ditanya, mesti ramai yang akan kata, lahir ke dunia ni mesti la terus kenal Allah. umur 5 tahun dah diajar Iqra'. umur 6 tahun diajar solat.
umur 8 tahun dah start puasa penuh. jadi, dah lama la kita kenal Allah ni.
tapi
kalau di tanya, Allah tu macam mana? apa sifat-sifat Allah? yang 20 tu. apa
nama-nama Allah? yang 99 tu. errmmm.. belum tentu semua orang ingat. belum tentu
semua orang hafal. dan yang paling mengejutkan, belum tentu semua orang tahu. paling teruk,
belum tentu semua orang benar-benar nak tahu. yang tahu pun sebab kenal Allah bila
solat. kenal Allah bila mengaji. kenal Allah bila puasa. tapi, Allah kan ada kat mana-mana. tiap-tiap ketika. tak sedar ke Allah tu sentiasa ada?
walaupun kita ada pasangan kekasih yang paling best, paling romantik tapi takkan ada manusia yang mampu jadi
pendamping hidup setanding Dia.
DIA PEMBERI KEKUATAN
kemana kita pi, Dia akan sentiasa di
sisi. Menemani diri saat kita keseorangan, menemani diri saat kita kesedihan,
menemani diri saat kita kegelisahan. jadi, takkan pernah rasa takut sebab Dia
ada.
kadang-kadang bila kita nak balik rumah dari
tempat kerja, badan terasa sangat penat. kerja 8 jam sepanjang hari. nak drive balik rumah tersangat penat. ditambah dengan
kesesakan jalan raya. bila bersandar kat tempat duduk menunggu traffic light merah ke hijau, tak sedar terlena. nasib baik Dia
kejutkan. lampu dah hijau! okeh, gerak. walapun dah ngantuk sangat, tapi Dia
suruh kuatkan diri. Alhamdulillah, selamat sampai rumah.
kadang-kadang bila kita melalui satu jalan yang sunyi di waktu malam. pukul 1 pagi. sorang-sorang. takut ke? tak... gementar je sikit. tapi takpe, Dia kan ada. Dia
akan sentiasa jaga kita.
Allah kan Maha Melindungi.
"Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah." (Al-Baqarah: 107).
DIA PENEMAN BICARA
banyak yang terpendam kat lubuk hati. tapi kadang-kadang terasa nak
meluahkan pada seseorang. tapi ragu. bukannya boleh dapat
penyelesaian.
tapi pada Dia, kita tak perlu malu nak cerita. semua sekali! walaupun ada kata-kata yang segan untuk dituturkan, tapi Dia kata takpe. tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. tak perlu susahkan diri untuk susun ayat. sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang
terpendam dalam hati kita tanpa perlu kita kata apa-apa. Subhanallah..
"Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (Ali 'Imran: 29).
DIA YANG KAYA RAYA
selalu kita tengok kawan kita keluar dating bawak balik banyak hadiah. teddy
bear la, henpon la, kad la, bunga la, baju, kasut. banyak sungguh. pastu semua
orang mula la puji. "eh, bagus la pakwe ko. best la makwe kau. sweetnye~~"
cukup sweet ke tu? kalau yang boipren atau girlpren tu sekadar guna duit loan, ptptn, atau kerja nak belanja kita, mesti akan ada masanya kita kena jugak guna duit sendiri. paling-paling duit tambang bas,
teksi atau komuter nak keluar. duit kita akan kurang jugak. siapa yang
berani kata duit dia tak pernah kurang walau sesen pun setiap kali keluar?
kalau dengan Dia, Dia sangat kaya raya. duit-duit yang kita dapat, semua daripada Dia. bukan duit je, semua yang kita ada sekarang ni, semua Dia yang bagi. segala-galanya. amacam? hebat tak Dia. ada ke manusia yang sehebat Dia? takde.
tapi kan, Dia tak
bagi semua ni pada kita directly. Dia bagi melalui
medium lain. daripada encik ayah, puan ibu dan lain-lain. sebab kalau
Dia bagi direct, Dia tahu kita akan segan sebab kita tak ada apa-apa pun nak
bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada kita.
"Katakanlah (Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)?" (Yunus: 31).
DIA YANG PEMAAF
manusia ni susah nak mengaku salah. ye tak? toksah tipu la. guwa pon manusia. paling teruk, susah nak
meminta maaf. chaishhh.
dengan Dia, kita ada banyak sangat kisah tentang
kesalahan, kesilapan dan kemaafan. daripada kita mula lahir, sampailah umur sekarang dah banyak kali dah kita sakitkan hati Dia. Dia kata jangan buat,
kita buat jugak. apa yang Dia suruh buat, kita tak nak buat. degil! kalau
dengan manusia, lama dah kita kena belasah. tapi, Dia tak pernah
marahkan kita. Dia sabar layan kerenah kita. sebab Dia tahu, masa tu kita tak
betul-betul kenal Dia, kita tak benar-benar fahami Dia. jadi, Dia bagi kita peluang lagi.
tapi bila dah tahu, bila dah kenal,
kita tetap ulang kesalahan yang lalu. tapi, dengan
muka tak malunya, kita pi minta maaf kat Dia balik. dan Dia... selagi roh
masih belum ditarik ke kerongkong... Dia pasti akan tetap maafkan kita. hebat kan?
"Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53).
DIA PEMBERI KETENANGAN
keluh kesah. resah gelisah. perasaan yang
setiap orang pasti pernah merasainya. bila nak exam, bila kena siapkan
assignment, bila nak pergi interview. semua mesti akan ada perasaan sebegini.
"aku kalau ada apa-apa
masalah, aku tak kisah. kalau dengar je suara Leman, hati
aku mesti tenang."
kalau sesama perempuan?
"sesama perempuan ni lain. derang tak faham sebab kita sama kan. kalau dengan yang berlainan jantina ni, lebih mudah untuk saling memahami. cas yang sama kan saling menolak. bila cas yang berlainan baru saling menarik." amboi.
"sesama perempuan ni lain. derang tak faham sebab kita sama kan. kalau dengan yang berlainan jantina ni, lebih mudah untuk saling memahami. cas yang sama kan saling menolak. bila cas yang berlainan baru saling menarik." amboi.
tapi, bila bergaduh...
"benci betul la aku dengan si Leman. dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. dah la kaki pukul. kaki tiga. kaki bangku". haaaa habis semua keburukan dia keluar.
"benci betul la aku dengan si Leman. dah banyak kali call, tapi tak angkat phone pun! dia yang buat salah, tapi dia pulak yang merajuk. dah la kaki pukul. kaki tiga. kaki bangku". haaaa habis semua keburukan dia keluar.
tapi kalau dengan Dia, tak pernah ada kes
main tarik-tarik tali ni. sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk walau apa pun yang kita buat. dan setiap kegelisahan, kesedihan,
kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani kita, mengurangkan bebanan perasaan. dan
takkan pernah berhenti.
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28).
Allah Maha Pemurah. Dia bagi kita banyak sangat
nikmat yang takkan mampu kita hitung. tapi tulah. dah pun namanya manusia. yang
bermaksud pelupa.
ada ketika kita buat dunno je dengan Dia.
Dia sentiasa ada kat sisi. tapi kita selalu tak layan pun Dia. tapi, Dia
tetap jugak bagi kita macam-macam nikmat. kita pulak tak berterima kasih pun
kat Dia. sebab bila kita syok sangat, lupa bahawa Dia yang sebenarnya
bagi kat kita setiap sesuatu tu.
jadi, bila Dia dah mula rindukan kita, Dia
bagi ujian. Dia bukan nak susahkan kita. tapi sebab Dia nak tahu, betul ke kita cintakan Dia? kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana? dan paling
penting, Dia nak kita ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat kita. jadi bila diuji, kita rasa sedih, kita rasa payah, kita rasa sakit. kita mesti
nangis! tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti kita sebut... "Ya
Allah!". dan Dia pasti akan gembira. sebab kita dah
ingat Dia balik. rindu yang terlerai...
"Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."
(Al-Baqarah, 152).
DIA PENDAMPING ABADI
Dia sangat memahami kita. betul, Dia sayang kita. tapi, Dia pun
tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. setiap manusia perlukan
pendamping. yang bersifat sama. seorang hamba.
jadi setiap orang dah ditentukan jodoh
masing-masing. tapi, semua orang nak yang terbaik.
dan Dia tahu kita nakkan yang terbaik. oleh kerana sayangnya Dia pada
kita, Dia hadiahkan kita satu nasihat. takkan sama kaca dengan permata. kita
meminta emas, takkan kita nak diberikan gangsa?
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..." (An-Nur: 26).
saat itu, takkan pernah tercepat. dan
takkan sekali-kali terlambat. bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di
hati.
jadi, kamu semua dah berkenalan dengan Allah? kalau
belum, mulakan la perkenalan. bimbang kalau terlambat.
kata orang, tak kenal maka tak cinta
Thank You Allah.
credit: i luv islam
credit: i luv islam
No comments:
Post a Comment