05 May 2012

jodoh tu semua kerja Tuhan. kita hanya berusaha.


apa hukum jika langkah bendul?

adakah patut diamalkan oleh masyarakat? sebab kawan guwa tak dapat kawin. sebab mak dia suruh abang dia kawin dulu. abang dia pulak takde calon lagi. maknanya belum sedia lagi lah nak kawen.

kalau kita merujuk kepada kitab-kitab atau hadis Nabi S.A.W, tak ada pantang larang langkah bendul di dalam syarak. siapa yang ada jodoh, dia boleh la kahwin dulu. tak boleh la abang atau kakak kata, "dik, selagi aku tak kawen, ang tak boleh kawen". 

tapi kita orang melayu ni jenis utamakan adat dulu, agama kemudian. dan bila ianya menjadi adat, ianya dianggap normal dan tak bertentangan dengan Islam. ini silapnya orang melayu kita. sampai adik tu sepatutnya boleh kawen, tak boleh nak kawen. sebab apa? sebab abang dia tak kawen-kawen. dah kalau abang tu sampai 48tahun tak kawen lagi, tak ke mendengung kepala adik tu nak naik pelamin? ini yang kita kata, budaya atau adat yang tak patut kita amalkan dalam masyarakat.

"andaikata adik  kahwin dulu berbanding akak atau abang, bakal suami adik mesti bagi hadiah penghantaran untuk akak atau abang sekali."

eh mantera apa yang ang ikrarkan ni? kalau kakak atau abang tu mata duitan macam mana? tak ke bengkok bakal suami tu. dia tu dah ler kerja despatch je. pikir la sikit. 

jodoh, pertemuan, ajal, maut semua adalah ketentuan Tuhan. takkan ang nak menafikan jodoh yang telah Allah tetapkan?

sebab kalau kita hayati zaman Sahabat Rasulullah S.A.W, adik kawen tapi abang tak kawen lagi. sikit pon takde masalah. takde mana-mana hadis yang diriwayatkan mengatakan bahawa abang atau kakak kena kawen dulu sebelum adik. 

takde kira la langkah bendul ke, langkak kanan ke, langkah parit ke, dah kalau jodoh kita itu baik, teruskan menikah. 



secara peribadinya, bagi guwa adat langkah bendul adalah menjengkelkan. benda-benda langkah bendul ni orang tak kisah pun kalau tak ada orang wujudkan. seorang abang atau kakak tu biasanya tak kisah pon kalau adik dia kahwin dulu. tapi bilamana masyarakat sibuk nak menghangatkan isu langkah bendul, ini adalah satu kerja yang sia-sia.

talkinkan adat-adat yang menyusahkan. kenapa perlu terima adat yang menyusahkan? islam tu mudah. adat yang menyusahkan. jodoh tu semua kerja Tuhan. kita hanya berusaha. percayalah.

p/s: selamat berkahwin kepada semua member2 guwa yang nak naik pelamin. tahniah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...