sebelum memulakan cerita izinkan guwa mengemukakan mukadimah terlebih dahulu. disebabkan hari ini adalah hari terakhir untuk guwa berada di bumi Melaka, jadi guwa terpaksa gagahkan diri untuk pegi beli barang keperluan sebelum berangkat ke bumi pahang esok. memang guwa terasa tahap kemalasan yang macam kerbau tahapnya ditambah pula dengan cuaca mendung ditambah pula dengan angin sepoi sepoi bahasa ditambah pula dengan baru lepas sarapan ditambah pula.. eh cilake berapa banyak kali ditambah nak letak ni.
sesampainya guwa di pasaraya terbabit, dengan langkah deras bagaikan sang kancil dikejar sang rimba guwa pergi untuk mendapatkan apa barangan yang ingin guwa dapatkan. tolong jangan marah guwa sebab pakai ayat macam ni. guwa dah empat tahun tak buat karangan sejak habis spm aritu. memang tunggang langgang la kalau nak buat ayat.
eh dah la! guwa memang fail kalau bab menggoreng ni. straight to the point la. ok, nak dijadikan cerita...
time guwa beratur nak bayar tadi, guwa pergi dapatkan line 13. sebab yang bukak time tu line 12, 13, 14. cilake betul. buat banyak2 kaunter tapi bukak dua tiga kerat je. lepas nam minit beratur, guwa dapat rasakan aroma yang wangi menusuk jiwa sanubari. cis sebenarnya bau jamban. guwa tak tau datangnya dari mana. lepas lima belas saat menyiasat barulah guwa sedar yang bau itu datangnya dari ketiak brader yang beratur depan guwa. woi brader, ketiak lu bau jamban la! pegi la beli deodorant
********************************************************************
gambar hiasan
sebenarnya tu je yang guwa nak cerita. keh keh keh. tapi sebenarnya juga apa yang guwa cuba hendak sampaikan hari ini adalah mengenai bau badan. euwwww. guwa tau lu orang mesti cakap "cilake punya amar, macam ketiak dia wangi sangat". guwa tau la lu orang macam mana. guwa ada naluri keibuan tau sejak kecil. haaa. ok mari sini guwa nak terangkan serba sedikit mengenai apa itu bau badan dan jugak cara atasinya.
dengan gaya kak timah sambil memegang feather duster "oke anak-anak meh sini mak nak tunjuk meh!". bau badan biasanya berpunca daripada peluh yang keluar daripada badan. peluh bukanlah punca kepada masalah bau badan kerana ia tak berbau. tak percaya? cuba amik peluh tu dan bau. konfem takde bau. tapi toksah rasa la. konfem masin. tapi bakteria yang ada dalam peluh yang menyebabkan bau itu.
dengan gaya seorang doktor pakar sakit tuan "nak tau dari mana datang peluh itu? mari saya terangkan". tubuh mempunyai dua kelenjar peluh iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. apa ekrin? apa apokrin? google sendiri la.
selain bakteria, pengambilan makanan yang ada bawang putih, kari, alkohol, ubat diabetes pon boleh menghasilkan bau yang kurang enak.
antara cara mengatasi masalah bau badan ni, lu orang hendaklah selalu mandi. jangan dok biar badan tu berpeluh dari pagi sampai malam. kalau baju tu boleh bercakap memang beratus sumpah seranah dia bagi lu orang. sebagai kesan maksimum, lu orang boleh juga menggunakan pewangi ketiak. sebagai contoh deodorant. ya! deodorant mampu mematikan bakteria yang menjadi punca bau badan.
guwa tau lu orang mesti tak tau nak beli deodorant jenis yang macam mana kan? ha meh guwa beri pendapat. mana tau serba sedikit boleh membantu lu orang.
1. SEMBURAN
kelebihan : mudah diserap dan tak mengotorkan pakaian
keburukan : kadang-kadang bauan tak kekal lama kat badan dan lu orang perlu sembur lagi
2. KRIM
kelebihan : tahan lama sket
keburukan : melekit dan amik masa untuk kering kat ketiak
3. STICK
kelebihan : tahan lama jugak
keburukan : pon sama macam krim jugak
4. GEL
kelebihan : mudah diserap
keburukan : susah nak jumpa kat kedai. cis
5. BEDAK
kelebihan : serap peluh dan sejuk je rasa ketiak tu
keburukan : menyebabkan baju pada bahagian ketiak kotor
6. ROLL-ON
kelebihan : mudah diserap
keburukan : yang mempunyai pewangi boleh menyebabkan alergi pada kulit
baik, dah panjang lebar dah guwa membebel ni. guwa nak sambung tido. selamat beramal.
picture: credit to encik google.
p/s: jaga keharuman ketiak tu bro! ketiak kita, budaya diri kita
No comments:
Post a Comment