03 November 2011

hentikan Seksualiti Merdeka 2011. ini bukan budaya malaysia

guwa  berharap pada pihak berkuasa agar menghalang dan menghentikan Program Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung 1 Nov – 13 Nov, 2011 di Annexe Gallery, KL kerana program seperti ini bakal mengundang bala dari Allah.


Seksualiti Merdeka 2011 merupakan satu festival yang memuatkan pelbagai acara bagi meraikan dan membincangkan perihal golongan-golongan homoseks (gay, lesbian, nyah). festival ni di anjurkan oleh golongan yang mahu ini dan seangkatannya dilayan adil, saksama, diberikan keadilan bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang manusia.

sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah SWT selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita. perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi. ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal.

Sementara itu, berharap agar pemerintah  tidak meluluskan penganjuran konsert ikon gay Elton John di negara ini sebagai langkah menutup pintu-pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. walaupun dikatakan Elton John tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.


apa dah nak jadi dengan negara Malaysia. setiap golongan sudah memperjuangkan hak kesamarataan. gay, lesbian, pondan, bapuk dan biseksual sudah mula berani memperjuangkan hak mereka secara terbuka. mana kegarangan pihak-pihak yang membantah Konsert Elton John yang bakal diadakan di Malaysia atas alasan Elton John seorang pengamal gay. apakah disebabkan penaung utama Seksualiti Merdeka 2011 adalah Ambiga S?

wahai umat-umat Islam di Malaysia, mahukah ini semua terjadi di tanahair yang kita cintai? apakah kita hanya mahu berpeluk tubuh dan bersikap tak apa? apakah hanya kita mampu menentang dengan selemah-lemah iman iaitu menentang dengan hati? mana PERKASA, mana PERKIDA, mana HIMPUN dan sebagainya. apakah kita mahu laknat dan bala Allah turun di Malaysia?

lanjut di utusan online, 

wallahualam

p/s: KL tu bekas lombong. kalau Allah murka dan terbalikan jadi lubang besar tu, tak tahu la nak bayangkan macam mana

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...