siapa tak kenal dengan namewee tolong bagi tau guwa. dia selalu duk buat kontroversi kat utube. kadang kadang guwa tak puas hati sangat dengan dia punya perangai. ada je kisah kontroversi pasal kaum ni. tak puas hati tu, tak puas hati ni. tapi sedar tak sedar si namewee da buat satu filem dia sendiri. kira arahan dia juga la. ang da tengok cerita ni? guwa cadangkan, tengok la.
filem tu lain dari yang lain. kalau ang nak tau, nasi lemak 2.0 ni adalah filem komedi. banyak pengajaran yang telah diletakkan dalam filem ni. filem ini banyak menyampaikan perpaduan sesama bangsa. tak kira la dia tu melayu ke, cina ke india ke yang penting duduk di atas tanah yang sama iaitu Malaysia. filem ni mengajar kita semua apa ertinya perpaduan.
kita punya filem tak habis habis menyampaikan cerita mat rempit, samseng, mistik, hantu, cinta monyet, gangster. guwa dah muak dengan cerita macam ni. muak. takde langsung nilai atau pengajaran dalam cerita cerita macam ini. balik-balik cerita hantu, hantu, hantu.
kita punya filem tak habis habis menyampaikan cerita mat rempit, samseng, mistik, hantu, cinta monyet, gangster. guwa dah muak dengan cerita macam ni. muak. takde langsung nilai atau pengajaran dalam cerita cerita macam ini. balik-balik cerita hantu, hantu, hantu.
cuba bagi tau guwa apa pengajaran yang ang boleh dapat bila tengok cerita hantu? kalau ang boleh senaraikan 15 sebab guwa tabik hormat sama ang sampai ke tujuh generasi. apa pengajaran dia pun guwa tak tahu la. abis kuat pun, orang yang datang menonton filem seperti genre tuh mesti mengatakan filem ni “best”. apa yang best? apa yang best sangat tu?
sinopsis nasi lemak 2.0 (credit nasilemak2.com)Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya. Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak".
filem ini turut menyelitkan penggunaan bahasa melayu, tamil dan inggeris dengan menceritakan latar hidup masyarakat berbilang bangsa menerusi karakter serta aspek menarik kehidupan seharian dilalui. kata namewee, dia mahu memberitahu kita semua duduk satu negara yang memerlukan perpaduan membina sebuah negara kuat dan maju. kita pelbagai bangsa saling memerlukan untuk mengimbangi kekurangan satu sama lain.
guwa selalu dengar ramai dok kutuk filem ni, dan macam-macam lagi menghina. itu semua mentaliti manusia. cerita dia penuh dengan mesej dan pengajaran yang berguna.
ya, walaupun cerita ni ada unsur perkauman sikit, perli-perli, lawak bodoh dan sebagainya tapi bagi guwa filem ni ada pengajarannya juga. lagi-lagi pengajaran hidup bersatu-padu dan tolong-menolong. sekurang-kurangnya, dia ada jugak usaha nak tonjolkan pengajaran filem ni.
jadi, kita ambil yang jernih, buang yang keruh.
dah dah, guwa dah penat menulis. jom makan! pekena nasi lemak sedap jugak ni.
p/s: ya, guwa tahu kesilapan menghina lagu negaraku itu sangat besar silapnya tapi tak bermakna dia negatif semuanya. ambil yang positif!
p/s/s: guwa nak tanya, kenapa malaysia ni kaya dengan cerita cerita hantu?
No comments:
Post a Comment