29 September 2011

cermin 2 arah?


pehh!! kalau cermin macam ni haru juga kan. kita nak tengok muka kita, ternampak muka orang lain. naik bulu roma gini weh! tapi apa yang guwa nak kongsi di sini ialah apa yang dikongsi oleh orang lain dengan guwa melalui email, iaitu TIP KENALPASTI CERMIN 2 ARAH. 

bukan apa, ramai yang salah guna teknologi dan alatan canggih sekarang ini. takut-takut orang ambil kesempatan atas kita yang dok syok tayang body depan cermin bilik air di bilik hotel, dalam tandas awam atau di mana-mana lah. ingatkan cerminnya satu arah, rupa-rupanya 2 arah (ada orang sedang perhati kita dari belakang cermin dan kita tak nampak dia!). lakukan ujian berikut: 



1.TEST DENGAN KUKU JARI
letakkan ujung kuku lu orang di atas permukaan cermin. kalau ada jarak antara kuku lu orang dan bayangan kuku kat cermin, dapat dikatakan bahawa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). tapi, kalau kuku lu orang terus menyentuh bayangan kuku kat cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah! betul. tak tipu!

2.TEST DENGAN NAFAS
hembus nafas hampir dengan cermin, kalau ada kesan nafas/haba kat cermin, maka selamat.  kalau tak, besar kemungkinan ianya cermin 2 arah.

3.BUNYI 
cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow slow, kuat kang pecah pulak. kalau ianya tak berbunyi atau bunyi perlahan, maknanya ia melekap di dinding. jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut. 

ni guwa nak tunjuk bideo macam mana cermin 2 arah ni kantoi dekat sebuah hotel. moh tengok sini.
 CERMIN DUA ARAH KANTOI

p/s: hati hati dengan cermin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...