28 September 2011

10 keajaiban dunia yang facebook ada

masuk bulan seploh ni genap empat tahun dah guwa buat pesbuk. banyak mende dah guwa tau dekat pesbuk ni sebenarnya. kalau amik degree pon tempoh 4tahun tu, lu orang dah boleh grad. silap silap dah jadi engineer J41 kat jabatan kerja raya.

dan mengikut apa yang guwa perati, banyak sebenarnya keajaiban yang pesbuk ada tapi myspace, tewiter, penster takde. boleh dikategorikan jugak sebagai 10 keajaiban dunia la.

guwa tau lu orang mesti dah tak sabar mende apa 10 keajaiban yang mark zuckerberg si yahudi ini bawakan kan? ok jom



hai! telima kasih sebab lu olang support gua
dekat itu pesbuk. nanti gua buat manyak pelubahan
lagi ya! tunggu tau









10 KEAJAIBAN DUNIA YANG PESBUK ADA


1. sebab pesbuk, daripada kawan bertukar musuh
mende ni dah lama guwa dok perati. even guwa sendiri pon dah banyak kali kena unfriend, block dan ancaman bunuh. ok, itu tipu. sebab kadang-kadang bukan apa yang kita tulis kat pesbuk tu boleh diterima semua orang. orang yang tak boleh bawak bergurau ni, pada guwa satu je, pegi duduk bilik kunci pintu. baca buku test geografi dengan kucing.


2. sebab pesbuk, couple boleh gaduh sebab cemburu
ini fenomena yang banyak berlaku zaman sekarang. terus terang guwa cakap bila si pakwe wall to wall dengan cik gadis lain, si makwe konpem la akan baca satu persatu komen yang derang borakkan tu. so dekat situ pon akan terjadi pergaduhan kaum. eh tak, pergaduhan pakwe makwe.


3. sebab pesbuk, pakwe makwe boleh berpisah
guwa rasa point ketiga ni macam sama dengan point kedua kat atas. tak payah la nak cite panjang lebar.


4. sebab pesbuk, kawan lupa kawan
yang ni guwa rasa mungkin pasal besday kot. bila si kiah wish besday dekat si leman. lepas tu tiba kiah punya besday, leman lupa nak wish dekat kiah. ye memang leman salah. jom tendang muka leman ramai ramai.


5. sebab pesbuk, kita boleh perbodohkan orang dan kawan
tang ni guwa admit. ramai antara kita yang ada pesbuk tapi tak guna nama sendiri. lu orang letak nama jehan miskin la, khatijah tan la, hamid gurkha la. encik, nama kita tu la yang melambangkan diri kita. wat mende nak letak nama orang lain. ye tak?


6. sebab pesbuk, kita menipu
ya. kebanyakannya la. tapi tak semua.


7. sebab pesbuk, kita lupa Tuhan dan tinggalkan solat 5 waktu
aiyoo. tak boleh la macam ini kawan... kita hidup kena seimbang la. dunia mau, akhirat lagi la mau ada bekalan. lu orang layan pesbuk lepas tu lupa nak semayang sekali Tuhan panah petir, jangan time tu baru nak menyesal. 


8. sebab pesbuk, kita tak tidur dan tak makan
rupanya kuat jugak penangan mark zuckerberg si yahudi ni. eh tak boleh la macam tu. tidur itu perlu, makan pon perlu. agak agak la nak duduk depan pesbuk pon berapa lama tapi mende lain kena jalan. kalau abang amar la, kak lisa korang dah bising bising dah. sebab tu , kak lisa kau dah berenti membebel dah. sebab guwa tau waktu makan dan waktu tidur. 


9. sebab pesbuk, wujud adik beradik angkat
yang ini tah datang dari dunia mana tah, tiba tiba mengaku jadi adik beradik angkat padahal tak penah jumpa betul betul pon. eh kalau jumpa betul betul pon guwa cabar lu angkat "konon adek angkat" lu orang tu. nak angkat sangat kan? kalau dapat yang macam lisa surihani takpe, kalau dapat yang XXL macam mana?


10.sebab pesbuk, diri jadi hotstuf
ni semua dunia belaka. kat akhirat sok Tuhan tak tanya pon sapa yang dpt LIKE paling banyak kat pesbuk. so takpayah la nak bangga diri kalau kawan kat pesbuk lu orang tu beribu riban. mcm yang guwa cakap tadi, dunia semata mata.


guwa rasa dah panjang lebar apa yang guwa nak sampaikan untuk hari ni. memandangkan ketiak guwa yang semakin mencengkam baunya sebab dari pagi tak mandi, guwa membuat keputusan untuk berhenti setakat ini dan terus mandi.

sebenarnya apa yang guwa cuba sampaikan ini adalah pandangan peribadi dari diri guwa yang hina ini. guwa tau mesti ada suara suara sumbang yang akan cakap. "blah la lu mar, cakap tak serupa bikin. lu pon sama jugak" ye, kerana yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri guwa sendiri.


p/s: guwa nak mandi, kak lisa dah bising bising panggil makan. bai

1 comment:

Nurfilzahnurfya said...

sebab pesbuk, abang amar jumpe kak lisa =P weeekkks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...